Sunday, January 24, 2010

COMPETETIVE MARKET?



Selepas agak lama, baru hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan sebagai tetamu. Majlis perkahwinan anak salah seorang jiran saya, Cik Nan Satay. Meriah walaupun cuaca hujan renyai. Macam biasa, selain pengantin, yang menjadi tarikan pada saya adalah jurugambar majlis tersebut. Saya memang kenal jurugambar ini, seorang veteran sejak zaman kamera filem berusia 50's, dan saya agak dah lebih daripada 30tahun dalam bidang fotografi, satu jangkamasa yang terlalu lama, dan beliau juga kenal saya.

Sempat lah juga saya bersembang dengan beliau. Dari segi pasaran, harga servis, hasil, dan teknik fotografi. Perkara pertama yang saya kesan adalah, beliau menyalahkan Part-time Photographer dan menganggap golongan ini telah menjatuhkan pasaran dan harga servis jurugambar perkahwinan. Sigh....Saya tidak berkata banyak tentang hal tersebut dan membiarkan beliau dengan persepsinya.

Benarkah Part-time Photographer menjatuhkan pasaran dan harga Wedding Photography? Jika anda tanyakan pada saya, saya akan jawab "TIDAK!!!". MARI KITA LIHAT BAGAIMANA PASARAN DAN HARGA JATUH.

1) Kebergantungan kepada butik pengantin
Saya pernah menjadi jurugambar untuk beberapa butik pengantin di sekitar Taiping ketika saya baru bermula dengan dunia wedding photography. Saya cuma menerima bayaran 70% daripada harga sebenar yang ditetapkan, iaitu tidak lebih daripada RM600. Kemudian selepas beberapa bulan, saya tinggalkan butik-butik tersebut dengan sopan, kerana saya merasakan tidak berbaloi dengan hasil yang saya berikan. Point yang ingin saya sampaikan adalah, sesetengah butik perkahwinan menghadkan harga untuk wedding photography tidak kira siapa anda, hasil anda, atau meskipun anda adalah photographer yang dikenali atau baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi. Jadi, apa kaitan butik-butik ini dengan part-time photographer yang kebanyakkannya tidak bergantung kepada butik? Kenapa kita masih belum mampu mencipta pasaran sendiri selepas berpuluh tahun dalam bidang ini? Pun begitu bukan semua butik akan seperti ini, ada sesetengah butik yang "up-to-date" dan memberikan harga yang munasabah (ex. Akma, Takteh, Shazles etc.)


2) Peningkatan kendiri dan up-to-date
Jangkamasa kita menceburi satu-satu bidang bukanlah kayu pengukur yang tepat tentang hasil yang kita berikan. Apa yang lebih penting adalah kesungguhan untuk menaiktaraf hasil yang kita perolehi berdasarkan pengalaman dan R&D. Daripada pengamatan saya, kebanyakkan jurugambar tidak memanfaatkan teknologi yg sangat pesat berkembang dalam bidang ini. Sebagai contoh, kenapa masih ada jurugambar yg shoot & print, sedangkan sudah banyak software yang boleh menambahbaik kualiti gambar. Minded yang "cukuplah" tidak akan membawa anda kemana-mana. Kenapa part-time photographer ada masa untuk R&D sedangkan full-timer tidak? Hasil anda menggambarkan harga servis anda dan harga servis anda bergantung kepada hasil yang anda berikan. Saya percaya, pelanggan sekarang sudah sangat bijak untuk memilih yang terbaik, dan mereka tahu untuk memilih yang terbaik.


3) Kreativiti
Fotografi adalah bidang yang memerlukan kreativiti yang tinggi. Bukan sekadar hasil akhir, juga kreativiti dalam pemasaran. Saya optimis pasaran fotografi masih luas dan tidak akan tepu dengan kehadiran ramai wedding photography yang baru asalkan kita kreatif dalam memasarkan servis kita. Kunci utama pemasaran yang efektif adalah kreativiti. Jangan sekadar berpuas hati dengan pasaran yang diambil daripada butik sahaja, sudah banyak medium pemasaran lain yang pasarannya tidak terhad. Samada keutamaan anda adalah kualiti ataupun kuantiti, terpulang kepada anda untuk menentukannya.


4) Etika dan profesionalisma
Ini yang selalu saya perhatikan menjadi kelemahan jurugambar. Bila saya melihat brother jurugambar menjerit kepada tetamu yang menghalang sudut penglihatannya, saya dapat rasakan setiap tetamu yang berada di situ tidak berasa selesa. Cara anda melayan pelanggan anda menggambarkan profesinalisma anda. Perlu saya ingatkan, hubungan anda dengan pelanggan tidak akan berakhir setakat majlis tersebut. Jika anda menunjukkan profesionalsma yang tinggi, saya yakin pelanggan anda akan menjadi ejen pemasaran yang sangat berkesan. Tidak akan timbul soal kekurangan pasaran sebab daripada satu pelanggan akan datang dua atau tiga pelanggan lain daripadanya sekiranya anda bersikap profesional terhadap mereka. Fikirkan, adakah pelanggan anda akan membuat 'endorsement' kepada anda jika anda terlalu kasar kepada mereka atau berpenampilan "terlalu santai" dalam majlis mereka??


5) Perosak pasaran sebenar
Mungkin part ini saya sedikit menyentuh soal kaum. Bukan bermakna saya racist, tapi itulah hakikatnya. Adakah anda pernah dengar servis jurugambar perkahwinan kaum lain serendah RM150/ roll? Roll?? Saya rasa kaum lain dah lupakan perkataan "roll" dalam bidang wedding photography. Tapi mengapa bila majlis perkahwinan melayu masih ada yang meletakkan harga serendah ini? Sebabnya adalah mindset melayu telah di"set"kan sekian lama dengan harga murah, dan kualiti yang rendah. Sesetengah kedai gambar dan studio perkahwinan meletakkan harga serendah RM250 untuk servis mereka termasuk album perkahwinan melayu tapi tidak untuk perkahwinan kaum lain. Nampak macam kita beruntung sebab mendapat harga murah, tapi sebaliknya hanyalah sekadar merosakkan pasaran. Apa yang kita dapat dengan harga serendah RM350?? Kenapa kaum lain tidak kurang daripada RM2K? Bezanya adalah kualiti, dan kita telah sekian lama disetkan dengan kualiti rendah. Jadi perlukah kita sebagai photographer mengambil pasaran dariada kedai gambar & studio ini? Kita sepatutnya sudah mampu untuk mencipta pasaran sendiri tanpa bergantung kepada kaum lain.


Terlalu banyak faktor yang boleh merosakkan pasaran wedding photography melayu, dan jangan sesekali salahkan jurugambar part-time. Jika mereka mampu memberikan hasil yang terbaik, mengapa anda sebagai full-timer tidak?? Sekali lagi saya ingatkan, kunci utama adalah diri anda sendiri.


Luqmanaziz
10.07 p.m

Tuesday, January 19, 2010

AWAY TO K.L



Langkah pertama telah sempurna apabila saya menerima sijil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM petang tadi. Semangat semakin berkobar-kobar. Satu ungkapan yang sering bermain dalam fikiran saya buat ketika ini, "Kegagalan terbesar adalah kegagalan untuk memberi peluang pada diri sendiri untuk mencuba".......


Kurang daripada 4 jam dari sekarang, saya akan bertolak ke K.L atas urusan kerja. Satu lagi komitmen yang perlu saya penuhi...

Luqmanaziz
3.39 a.m

Sunday, January 17, 2010

WORKING AS NORMAL...AGAIN!




Kurang dari lima minit dari sekarang saya akan bergerak untuk ke tempat kerja. Uhm, masih bekerja seperti biasa, komitmen, punctuality, thanks for all those discipline training. See what next...;)

Luqmanaziz
7.55 a.m

Saturday, January 16, 2010

STRANGE MIND OF MINE...




Hi guys...dah agak lama saya biarkan blog ini sepi. Tiada alasan lain melainkan jadual kerja yang ketat da tanggungjawab terhadap kerja yang semakin besar. Thus, idea untuk berblog sangat terhad. Banyak perkara yang berlaku terhadap kerja saya kebelakangan ini yang menyebabkan komitmen saya terhadap kerja terpaksa ditingkatkan. Tapi, saya merasakan ada perkara yang lebih besar akan berlaku terhadap kerjaya saya dalam sedikit masa lagi....maaf kerana terpaksa membiarkan ayat ini tergantung...

Well, sejak kebelakangan ini saya sering membuat perbandingan. Ramai kawan-kawan saya yang berpendidikan tinggi, berkerja di firma-firma yang kukuh, mempunyai kebolehan dan kemahiran dengan kerja mereka, dan boleh saya katakan full-package. Dan saya juga ada ramai kawan yang berpendidikan rendah (maaf), berkerja sendiri, dan hanya berkebolehan dalam bidang yang terhad. Dua karakter yang sering saya perhatikan.

Kemudian saya bendingkan dengan cara hidup dan ekonomi mereka. Secara kasar dan bukan mendalam. Saya selalu bercakap dengan seorang kawan berusia lewat 40-an dan mugnkin patut saya panggil uncle.Berkerja sebagai pengurus, dan sudah berkerja lebih dari 20 tahun di firma tersebut. Namun, pada pandangan kasar saya ia tak ubah seperti orang lain, selalu mengeluh dengan masalah ekonomi, budget yang ketat, dan masa yang sangat terhad.

Dan dua hari lepas saya terserempak dengan seorang kawan berusia pertengahan 30-an. Berkerja sendiri, berniaga dalam bidang yang dia minat, hanya lepasan SPM. Tidak seperti kawan yang pertama tadi, dengan kawan yang ini lebih banyak bersembang mengenai strategi menambahkan pendapatan (daripada sembang tentang budget ketat, masalah kewangan). Dan yang saya lebih teruja bila dia bangkitkan hasrat untuk melaburkan duit untuk perniagaan lain pula, dan jumlahnya cukuplah sekadar saya ungkapkan dengan 6 angka, bukan jumlah yang kecil.

Pengajaran dari pengamatan saya, kerja yang bagus, pendidikan yang tinggi, dan title yang 'gempak' tidak akan menjamin ekonomi yang lebih selesa. Maka saya kemudian saya teringat wise words, "Kegagalan terbesar dalam hidup adalah kegagalan untuk mencuba". Mungkin ramai yang akan kurang faham dengan artikel ini, tapi ia mungkin sangat bermakna bagi sesetengah pembaca......

See what happen next... :)

Luqmanaziz
4.04 a.m.