Tuesday, August 4, 2009

SIMPLE SET-UP FOR A "NOT BAD" RESULT

Bagi saya, saya akan berikan yang terbaik samada sesi ketika majlis atau sesi outdoor, tapi saya boleh katakan sesi outdoor adalah kekuatan saya. Berikut adalah cara saya mengnedalikan sesi outdoor dan set-up simple lighting untuk menghasilkan efek yang "not bad" ketika sesi outdoor (keadaan hampir senja ketika sesi hampir berakhir).

Memberi instruction kepada pasangan pengantin (photo by badrulhisyam, http://bederul.fotopages.com)


Simple lighting (photo by badrulhisyam, http://bederul.fotopages.com)


Hasil daripada simple lighting...




Contoh di atas hanyalah satu daripada teknik yang saya gunakan, pastinya lebih banyak lagi variasi gambar yang saya akan hasilkan bergantung kepada kehendak klien dan keadaan cuaca (available light, cloud, skyblue & etc.)

Bagi klien-klien saya, saya selalu 'approach' untuk memilih dan menyertakan sesi penggambaran luar pintu (outdoor) walaupun ada sesetengah yang lebih selesa dengan hanya penggambaran majlis sahaja. Kenapa sesi outdoor? Banyak alasan kenapa diadakan sesi luar pintu, contohnya:

1) Suatu hari, anda dan pasangan anda keluar "dating" selepas kahwin. Kemudian lalu di tempat penggambaran outdoor tersebut. Isteri anda mungkin berkata :"abang, ingat tak petang tu kita shooting di sini dengan photographer tu, ramai orang datang tengok, rasa macam artis pun ada".

2) 60% daripada gambar yang cantik terhasil daripada sesi luar pintu, natural lighting atau dengan laighting tambahan yang menghasilkan efek yang lebih cantik berbanding penggambaran indoor.

3) Variasi gambar dalam album perkahwinan anda, dan mungkin kawan-kawan anda akan berkata: "Oh, cantiknya tempat ni, macam dalam filem pun ada".

4) Dengan hanya simple setting, anda mampu mendapat gambar yang cantik dan memorable untuk diframekan dan menjadi hiasan dinding rumah anda.

5) Sesi outdoor lebih memberikan anda 'privasi' dan konsentrasi untuk anda dan pasangan berbanding ketika majlis yang crowded (dan mungkin menyesakkan).

Dan bermacam alsan lain (termasuk mengelak daripada kena basuh periuk & kuali selepas majlis). Dan yang lebih penting, anda akan simpan kenangan romantik ketika sesi ini sampai bila-bila, dan hanya sesi ini yang akan menyebabkan anda merasakan bahawa, anda adalah "hero & heroin".

Cheers...:D

Luqmanaziz
12.01 a.m

FOR THE WEDDING PHOTO COLLECTION AND NEW PRODUCT & SERVICE OFFERS, PLS VISIT MY FOTOPAGES ONLINE GALLERY AT http://luqmanaziz.fotopages.com.

4 comments:

Azmean Aziz said...

perghh.. tu baru satu lampu... gmbr dah marbeles... kalau berlampu-lampu...

Syen said...

pakej macam mana? info bah dulu..

archemege said...

Dasyat laa bro... best gak kalu ada kemahiran camtu. By the way seafood area kk yg best di mana ya?kalu bole yg masuk jln2 cari mkn ari tu. Ada trip ke kk bln 10 ni

gnela orang kertas said...

cool! cantik gambar-gambar nih...