Tuesday, August 4, 2009

SIMPLE SET-UP FOR A "NOT BAD" RESULT

Bagi saya, saya akan berikan yang terbaik samada sesi ketika majlis atau sesi outdoor, tapi saya boleh katakan sesi outdoor adalah kekuatan saya. Berikut adalah cara saya mengnedalikan sesi outdoor dan set-up simple lighting untuk menghasilkan efek yang "not bad" ketika sesi outdoor (keadaan hampir senja ketika sesi hampir berakhir).

Memberi instruction kepada pasangan pengantin (photo by badrulhisyam, http://bederul.fotopages.com)


Simple lighting (photo by badrulhisyam, http://bederul.fotopages.com)


Hasil daripada simple lighting...




Contoh di atas hanyalah satu daripada teknik yang saya gunakan, pastinya lebih banyak lagi variasi gambar yang saya akan hasilkan bergantung kepada kehendak klien dan keadaan cuaca (available light, cloud, skyblue & etc.)

Bagi klien-klien saya, saya selalu 'approach' untuk memilih dan menyertakan sesi penggambaran luar pintu (outdoor) walaupun ada sesetengah yang lebih selesa dengan hanya penggambaran majlis sahaja. Kenapa sesi outdoor? Banyak alasan kenapa diadakan sesi luar pintu, contohnya:

1) Suatu hari, anda dan pasangan anda keluar "dating" selepas kahwin. Kemudian lalu di tempat penggambaran outdoor tersebut. Isteri anda mungkin berkata :"abang, ingat tak petang tu kita shooting di sini dengan photographer tu, ramai orang datang tengok, rasa macam artis pun ada".

2) 60% daripada gambar yang cantik terhasil daripada sesi luar pintu, natural lighting atau dengan laighting tambahan yang menghasilkan efek yang lebih cantik berbanding penggambaran indoor.

3) Variasi gambar dalam album perkahwinan anda, dan mungkin kawan-kawan anda akan berkata: "Oh, cantiknya tempat ni, macam dalam filem pun ada".

4) Dengan hanya simple setting, anda mampu mendapat gambar yang cantik dan memorable untuk diframekan dan menjadi hiasan dinding rumah anda.

5) Sesi outdoor lebih memberikan anda 'privasi' dan konsentrasi untuk anda dan pasangan berbanding ketika majlis yang crowded (dan mungkin menyesakkan).

Dan bermacam alsan lain (termasuk mengelak daripada kena basuh periuk & kuali selepas majlis). Dan yang lebih penting, anda akan simpan kenangan romantik ketika sesi ini sampai bila-bila, dan hanya sesi ini yang akan menyebabkan anda merasakan bahawa, anda adalah "hero & heroin".

Cheers...:D

Luqmanaziz
12.01 a.m

FOR THE WEDDING PHOTO COLLECTION AND NEW PRODUCT & SERVICE OFFERS, PLS VISIT MY FOTOPAGES ONLINE GALLERY AT http://luqmanaziz.fotopages.com.

Sunday, August 2, 2009

BELI JAGUNG REBUS, MINTA FREE GIFT JAGUNG BAKAR

Seorang penjual jagung rebus, namanya Norman, memang tekun menjual. Sejak sehari ke hari perniagaan jagung rebus Norman mula dikenali ramai, sedap, lazat dan mula mendapat tempat di hati peminat jagung rebus. Suatu hari, datang towkay dengan kereta Honda Accordnya (yang dibeli terpakai dan murah selepas tuan kereta sebelumnya tak tahan dengan karenah towkay ini yang terlalu calculative), turun dari kereta, berkaca mata hitam dan terus ke gerai Norman.

Towkay : Anak saya nak minta belikan jagung rebus, kamu jual jagunf rebus ke?
Norman : Ya encik, kat papan tanda tu pun saya dah tulis "penjual jagung rebus".

Towkay : Boleh saya tau harganya?
Norman : boleh...harganya Rm'x' secawan.

Towkay : Ala..bagi la murah sikit. Rebus ala-ala kampung pun takpe.
Norman : Baik lah encik, memandangkan encik kali pertama datang tambahan pula dah takde penjual jagung rebus lain yang buka masa ni, saya bagi harga rendah sedikit, asalkan modal saya pulang.

Maka Norman mula merebus jagung dan membungkuskan untuk towkay tadi. Setelah diberi diskaun, malah towkay tadi nak secawan lagi percuma. Norman yang tidak berkira demi menjaga hati pelanggan pun berikan free gift secawan jagung rebus lagi. Towkay balik ke rumah dan selang beberapa minit kemudian towkay menelefon Norman, penjual jagung rebus.

Towkay : Saya dah buka bungkusan ni, tapi saya rasa saya tak puas hati dengan jagung yang kamu jual.
Norman : Kenapa encik, ada apa yang tak kena?

Towkay : Saya dapati dalam bungkusan ni semuanya jagung rebus, tiada satu pun jagung bakar. Sepatutnya kamu bubuhlah jagung bakar sekali dalam bungkusan ni. Ini tidak, asyik jagung rebus je. kamu ni macam tak pandai berniaga jagung je.
Norman : Eh enciik, saya kan meniaga jagung rebus, memanglah saya kena bagi jagung rebus kat encik, bukan jagung bakar.

Towkay : Ok camnilah, oleh sebab kamu tak bagi saya jagung bakar, kamu dah salah dan esok saya datang lagi, saya nak lagi dua cawan jagung rebus percuma.
Norman : hah???

tutt..tut...

Pun begitu, Norman tetap menjual jagung rebusnya seperti biasa, Norman berpegang kepada ungkapan "customer always right".

Sekian.

p/s: kisah ini memang benar terjadi kepada Norman.

Teaser, Effa & Rahim location shoot, Tanjung Piandang.


Luqmanaziz
4.42 a.m

FOR THE WEDDING PHOTO COLLECTION AND NEW PRODUCT & SERVICE OFFERS, PLS VISIT MY FOTOPAGES ONLINE GALLERY AT http://luqmanaziz.fotopages.com.