Monday, July 20, 2009

TEASER...& LITTLE UPDATE ON MY FOTOPAGES

FOR THE WEDDING PHOTO COLLECTION AND NEW PRODUCT & SERVICE OFFERS, PLS VISIT MY FOTOPAGES ONLINE GALLERY AT http://luqmanaziz.fotopages.com.

Little teaser for the recent job held in Kamunting, perak. The easiest job for this month, no need to travelling, just a mile from my house.





Luqmanaziz
4.54 pm

Monday, July 6, 2009

ENDURANCE




Tidak pernah saya terfikirkan sebelum ini saya akan "berlari ke utara dan selatan" setiap minggu. Tidak pernah langsung saya terfikir hujung minggu ni saya akan berada di Terengganu, kemudian hujung minggu depan ke Melaka, seterusnya ke Perlis, Johor, Pahang (and wherever). Tapi photography telah membawa saya ke tempat-tempat ini hampir setiap minggu. Bila saya cakap minggu ni saya akan ke Kuantan, orang akan kata, "Seronoknya kerja kau, jalan-jalan". Memang menyeronokkan tapi sangat-sangat meletihkan. Sebab itu saya lebih suka gelar job "wedding endurance". Sesetengah tempat ini, saya cuma ambil masa tidur untuk berehat, selebihnya saya bersama pengantin yang mengambil khidmat saya, no coffee time, no honeymoon, no jalan-jalan (tapi last weekend saya sempat juga meratah sup gearbox Melaka yang kaw!).

Selain kreativiti, sense, art of seeing etc., wedding photographer perlukan stamina, stay-alert, dan sabar. Itu yang saya rasakan ciri penting untuk seorang photographer. Saya kagum bila seorang rakan pgotographer travelling sehingga ke Bukit Tinggi, Pahang (dari Taiping) semata-mata untuk sesi outdoor bersama pengantin. Sebagai orang baru (3 tahun dalam wedding photography), 3 tahun ini banyak memberikan saya pengalaman tentang survival, competency, dan etika dalam kedua-dua photography dan business. 3 tahun ini saya berpegang pada kata-kata dari William Shakesphere,

"Three sentences for getting success:
1) Know more than other
2) Work more than other
3) Expect less than other".

Seorang kawan pernah berkata, "kau ni takde life la, hari kerja kau kerja, malam buat kerja, weekend pun kau kerja. Tak bosan ke?". Jadi soalan saya kemudiannya, "apa yang kau maksudkan dengan 'life'? Weekend duduk rumah n tidur sepanjang hari? or ke cinema tengok trnaformers?, or lepak kedai mamak pagi petang malam? then balik rumah sambung tidur? Bangun esok pagi untuk kerja".

Bagi saya ini adalah 'life'. Secara personal, saya tidak selesa untuk duduk diam di rumah tanpa input atau melibatkan diri dengan dunia luar. Photography banyak melibatkan saya dengan masyarakat, orang mula kenal saya sebagai 'tukang tangkap gambar', label yang mungkin saya agak janggal untuk terima (lebih senang dengan panggilan jurugambar), dan itu lebih baik dari bertemankan bantal sepanjang hari, atau berhibur dengan fantasi transformers. Sedikit nasihat untuk photographer yang lebih baru daripada saya, jangan takut untuk melabur dan travel untuk photography, ia berbaloi dan suatu masa nanti pasti ia sangat-sangat berguna.


p/s: Sudah 3 tahun saya tidak ungkapkan perkataan 'bosan' dalam life saya.

Luqmanaziz
4.29 a.m.