Wednesday, June 17, 2009

TEACH & LEARN

CIKGU GAMBAR HOBI


Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang datang ke rumah untuk menuntut ilmu photography. Kelas tidak formal ini adalah untuk kawan-kawan yang berminat. Yang menarik, kesemua yang datang adalah kawan-kawan yang jauh lebih tua daripada saya (ada yang 40++), tiada sorang pun yang sebaya saya. Saya puji semangat kawan-kawan ni, sehinggakan sanggup datang dari jauh lebih 30km. Diantara kawan-kawan ini ada yang dah lebih mahir daripada saya (sebab rajin belajar). Walaupun belajar photography hanya untuk hobi, saya kagum dengan keghairahan dorang terhadap photography. Hasilnya, saya terpaksa 'delay'kan kerja saya beberapa jam, ha ha ha. It's ok sebab saya suka sharing knowledge. Cuma pesan saya, photography juga ada etika. Jaga etika, then u'll be a great photography hobbyist if not a great photographer.


SALLY & SAIL



Last week saya ambil kesempatan untuk menyampaikan album majlis perkahwinan Sally & Sail, memandangkan dorang berdua ada trip ke Taiping. Majlis dorang berlangsung di Karak, Pahang dan sesi penggambaran luar pintu berlangsung di Bukit Tinggi, Pahang. Sayang sekali sebab kami cuma sempat meluangkan 30minit untuk penggambaran luar tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu, saya berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi. Dan lebih dari itu, bila Sally & Sail teruja dengan hasil tersebut. Kepuasan seorang photographer adalah bila mana pelanggan gembira dan menghargai hasil yang kita berikan. :)

Luqmanaziz
2.07 a.m