Thursday, May 28, 2009

TODAY'S PHOTO - Paddy Field

Paddy field



Caption: A paddy field beside the small road to Ban Pecah, tanjung Piandang, Perak. This shot taken from moving car at passenger side.

Exif: Aperture Priority, 1/500s, f5.6, Exposure bias -1EV, ISO400, WB Cloudy at 18mm focal length.

Monday, May 25, 2009

B'DAY BOY?

CIK NASYA BUAT SURPRISE



Saya tengah bermimpi bila tiba-tiba telefon berbunyi.
"Hi..keluar jap boleh?"
"keluar ke mana?"
"depan rumah"
"Ha!!!?"
Ada apa pula Cik Nasha ni datang malam-malam ni? Saya jeling pada jam telefon, jam 10.07pm. Suspen juga. Bila sampai depan rumah, Cik Nasha dengan senyum comelnya datang, buka pintu kereta sebelah kiri dan bagi bungkusan, sambil ucapkan "HAPPY BIRTHDAY!!!"



Haa??? MasyaAllah, saya sendiri lupa hari ini hari jadi saya. Terkejut juga. Macam kucing kebasahan, muka baru bangun tidur dan otak separuh mamai, saya terima bungkusan dari Cik Nasha. Aduhh..malunya...hahahaha...

Bungkusan yang Cik Nasha beri berisi kek harijadi yang comel. TQ Cik Nasha yang baik hati. U're sweet. Hehehe.



FLASHBACK

Uhm...setahun lagi. Usia semakin meningkat. Apa yang telah saya capai selama 26tahun ini? Saya tidak mengatakan tidak banyak, tapi masih banyak lagi yang masih belum tercapai dan saya perlu capai. ketika kecil bila ditanya oleh cikgu tentang cita-cita saya, saya jawab "cita-cita saya ingin menjadi peguam". Kenapa peguam? Sebab saya ingin membela diri saya yang ketika itu selalu menjadi mangsa buli abang-abang dan kakak, hehehe. Perkara yang saya betul pun tetap salah. hahaha...biasalah anak bongsu (sebelum adik saya lahir). Disebabkan saya cuma boleh berlawan cakap, saya menjadi lebih tertumpu dan terlatih untuk memikirkan hujah lojik ketika berhadapan dengan abang-abang dan kakak saya. Setelah 26tahun, cita-cita saya telah berarah ke bidang lain, Engineering. Alhamdulillah, mama sempat melihat saya berjaya dibidang ini, walaupun ia hanyalah cuma satu permulaan.

Saya teringat kembali janji pada arwah mama. Yang pertama, saya akan menjaga satu-satunya adik saya, Dayang. Alhamdulillah, saya masih mampu untuk menjaganya dari segi nasihat, makan pakai, pelajaran (salah satu kursus yang mahal di Malaysia tanpa ada bantuan ptptn). Cuma disebabkan faktor geografi, saya jarang menjenguknya tapi saya yakin dia pandai menjaga dirinya (dia sedang membaca entry ini). Yang kedua, semaklum orang tua-tua, nak menimang cucu. Ini sahaja yang arwah mama tidak sempat sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Saya pernah janjikan bila dah 28 barulah saya akan memikirkan soal ini, tapi rasanya belum sampai seru lagi. Al-Fatihah untuk arwah mama yang telah melahirkan saya, pengorbanannya tidak terhingga dan tidak pernah terfikirkan.

Luqmanaziz
3.11 a.m.

Sunday, May 24, 2009

SEHINGGA OGOS 2009!!!



Sekembali dari Cameron Highland, saya keluar menguruskan raw material *special gift* untuk pelanggan yang saya hargai. Special gift ini hanyalah nilai tambahan (value added) selain daripada produk asas yang ditawarkan. Ini bermakna tiada charge tambahan terhadap gift tersebut.

Walaubagaimanapun, atas sebab raw material limitation, special gift ini hanya terhad untuk pelanggan yang membuat tempahan sehingga bulan Ogos 2009 sahaja. Tempahan yang dibuat selepas Ogos 2009 tidak layak untuk mendapatkannya. Pelanggan boleh membuat tempahan untuk majlis sehingga Dec 2009, dengan syarat tempahan dibuat sebelum atau pada ogos 2009.

What inside? Sweet items specially designed individually for every customers. Yang pasti, ia bernilai tidak kurang dari RM100++.

*untuk pelanggan bulan May, Jun dan Julai, juga akan mendapat special gift ini (walaupun ianya tidak termasuk dalam agreement). Ia adalah value added untuk anda sebagai tanda penghargaan daripada saya!

Luqmanaziz
1.45 a.m

TODAY'S PHOTO - Sweet Flower

Sweet Flower


Caption: Sweet table flower at SM heritage restaurant, Taiping Sentral. I spend a time for a tea with Cikiah at this restaurant, last April.

Exif:
Aperture priority, -0.3 EV, 1/50s, f2.8, ISO400, WB Cloudy, focal length 80mm.

Luqmanaziz
12.33 a.m

Thursday, May 21, 2009

TODAY'S PHOTO - Fisher's sillhuette

Fisher's sillhuette


Caption: The hobbyist fisher fishing during golden hour at Teluk Nipah, Pangkor Island. Shoot the moment during my vacation, last October.

Exif: Manual Exposure, 1/60s, f7.1, ISO400, focal length 155mm.

Luqmanaziz
2.08 a.m

Wednesday, May 20, 2009

DEMOCRACY VS ISHIKAWA BONE




Saya biasanya tidak ambil pot langsung bab-bab politik tanahair sebab saya bukan politician. Nak dikatakan saya sebahagian daripada system demokrasi negara? Jauh sekali sebab sudah hampir 27 tahun saya tidak mengundi, agak lama jugak tidak mengundi. Tapi bila bahang politik yang semakin menggila, dan hangat diperkatakan umum lebih-lebih lagi isunya di Perak, saya tidak dapat lari lagi dari mendengar bahasa-bahasa politik ini secara live. Secara tidak langsung saya mula memahami situasi politik semasa dan setempat.


Sejak akhir-akhir ini, saya mula membaca tentang politik sebab saya ingin mencari fakta yang sebenar. Bukan tidak percaya pada kata-kata yang secara live keluar dari mulut rakan-rakan, tapi adalah lebih bagus kalau saya sendiri mencari faktanya. Apa yang hebat sangat tentang politik? Memang hebat! Sungguh! Ia sungguh memberi kesan kepada rakyat yang menjadi tunjang demokrasi. Secara jujur, saya tidak berpihak kepada mana-mana parti, samada yang memerintah atau yang membangkang. Cuma saya berfikir, kenapalah parti-parti ini sering bercakaran?


Untuk mencari fakta, saya kurang yakin jika fakta tersebut didapati hanya melalui bacaan, media, apatah lagi melalui laman blog siber semata-mata. Saya lebih yakin jika saya sendiri berdepan dengan penggiat-penggiat parti masing-masing. Tapi untuk mendekati apatah lagi berdepan dengan penggiat-penggiat ini bukannya macam beli mee maggi. Jadi, yang termampu saya lakukan selain mencari fakta-fakta dari internet, media dan buah mulut, dan saya lebih suka memerhatikan dasar-dasar setiap parti.


Dulu seorang rakan saya, yang juga seorang blogger yang mengarah kepada politik (unpublishednotes.blogspot.com) pernah mengajak saya untuk menulis tentang situasi politik semasa, tapi maaf, saya tidak petah berbahasa politik, lagi pula saya belum layak menjadi sumber fakta politik. Namun sekarang politik betul-betul memberi kesan kepada saya. Sejak saya mula membaca tentang politik, saya telah habiskan banyak masa dengan membaca segala jenis pautan tentang politik, samada dari pihak pemerintah atau sebaliknya. Kesannya, saya kekurangan masa untuk kerja saya. INI MEMANG BETUL-BETUL KACAU! Taubat, politik memang memberi kesan kepada saya.


Pening kepala sebab engineering rules telah berubah kepada political rules. Cuba bayangkan anda ingin menentukan Process Capability, Cp, dengan merujuk kepada buku perlembagaan atau undang-undang tubuh. Tak pening?


Luqmanaziz

1.20 a.m

Monday, May 18, 2009

SKETSA HUJUNG MINGGU

Jika ada kelapangan, aku jarang duduk di rumah, melainkan kalau ada kerja-kerja photographY yang perlu disiapkan. Jadi, minggu lepas, ada kawan-kawan ajak memancing. Memandangkan kerja-kerja photography tidak banyak, aku menurut. Lokasinya, Tanjung Piandang, atau lebih tepat, Ban Pecah.





Tempat ni cantik, cuma bila sampai tempat tu, hari dah gelap. Cantik apa gelap-gelap? Yang ada cuma restoran-restoran makanan laut, yang kata seorang kawan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kami berlima singgah lah mengisi perut sebelum bermain-main kail yang panjang lebih sejengkal. Yang hebatnya restoran-restoran ini pun ada karaokenya sendiri (dah semacam jadi trend di sini). Bingit lah telinga mendengar lagu-lagu irama dangdut kegemaran tuan-tuan kedai ini. Ah, lantaklah, peduli hapa, dorang suka dangdut, takkan nak marah. (Sebenarnya soalnya bukan dangdut, soalnya melalak tengah-tengah malam buta).



Malam tu hujan rintik-rintik, kalau tidur pun kompem tak sedar dunia, yelah layan kail pun, ikan gelama sahaja yang naik, baik tdur. Kira-kira jam 5a.m aku tertidur, itupun selepas bertarung dengan nyamuk-nyamuk yang 'afala ya'lamu' banyaknya. Bangun pagi tu matahari dah naik.

Kamera? Ahaha. Celik mata sahaja benda pertama yang aku sentuh selain air liur ialah kamera. Aku bangkit, bak penglima bukit gantang dengan kerisnya, aku dengan kameraku, menggosok-gosok mata mana la tahu ada subjek-subjek yang menarik. Malang sungguh, aku terlepas moment. Haiiyaa. Aku lihat sahabat-sahabat jahiliah yang lain tengah khusyuk dengan batang kail, sungguh tabah. Lalu dihujung jalan aku ternampak segerombolan lembu, subjek yang bagus.



Aku kendekati lembu-lembu tersebut, ah sungguh comel sekali. Ingin sahaja aku peluk cium, tapi memandangkan ia lembu, aku patahkan hasrat murniku. Pun begitu, lembu-lembu ini sungguh menarik perhatianku, dan juga perhatian abang saher, salah seorang jemaah yang datang mengail. Lama kelamaan aku jatuh cinta pada lembu-lembu ini, abang saher pun begitu, malah dia kelihatan lebih dari aku.




Kami mula mengusap-usap lembut lembu-lembu tersebut. Alahai, kiut yang teramat. Abang saher mula membuat aksi yang kurang sopan dengan memberikan lembu tersebut sekuntum bunga yang cantik. Ah, sudah, apa pulak maksudnya terhadap makhluk tuhan tersebut. Mungkin dia dan lembu tersebut ada perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata, maka bunglah sebagai tandanya. Ya, tanpa sedar aku pun sama, mula terasa sayang kepada lembu-lembu tersebut.






Lembu yang awal-awal tadinya nampak macam takut-takut, kini selesa dan bahagia bersama kami. Setelah kami bersama menempuhi pelbagai onak duti selama beberapa minit, maka mungkin tibalah waktu lembu-lembu ini balik ke kandang. Ingin dihalang tetapi tiada terdaya. Apakandaya, mungkin akan bertemu dilain hari, getus hatiku. Dengan sopan, lembu-lembu tersebut meninggalkan kami. Dan tanpa disangka-sangka, suatu tindakan yang mengecewakan dilakukan oleh lembu tersebut. Setelah kasih sayang dan pengorbanan yang kami beri, dibalas dengan seketul bom yang amatlah dasyat dan masih panas. Argghh....kenapa sanggup hatinya melakukan sebegini rupa? Dasar lembu tidak mengenang budi, tiada perasaan! Penuh kepura-puraan! Lembu tetap lembu!












Sebenarnya kisah di atas lebih daripada kisah lembu semata-mata. Namun kadangkala pada aku, manusia dan lembu sama sahaja. Malah ada manusia yang lebih tidak berperasaan berbanding lembu. Anda lembu? atau sapi?

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU



"Selamat hari ibu"- kata keramat sepanjang hayat.




Dari sejak kecil aku memang paling rapat dengan ibu, paling nakal dan paling banyak karenah. Kemana saja ibu pergi, aku akan turut memandangkan aku yang paling kecil ketika itu. Nah, bila ikut bukan percuma, nak itu nak ini. Aku teringat bila aku ternampak seorang budak kecil (sepupu) dengan permainan kereta kontrol (ketika itu pakai wayar lagi, saiz kereta pula lebih besar), aku mahukan benda yang sama. Mana mungkin boleh, kereta mainan itu saja pun sudah beratus harganya, sedangkan ibu, barang-barang niaganya di pasar pun tak sebanyak harga mainan tersebut. Hati seorang budak kecil, mana boleh bawa berbincang. Ibu terpaksa balik awal dari kebiasaan sebab aku asyik merengek. Dua hari kemudian ibu yang baru balik dari pasar, membawa kereta mainan yang sama besar, cuma bukan kereta kontrol. Aku gembira bukan main.




Bila aku masuk sekolah, ibu sangat bangga sebab aku sudah boleh membaca sebelum cikgu mengajarkan ABC. Aku ke sekolah dengan kasut getah sedangkan kawan-kawan lain ber"pallas". Aku mintak dengan ibu. Ketika itu ibu pujuk, "kasut ini kan lebih bagus, cepat kering dan tahan lama". Aku akur. 3 bulan kemudian aku mendapat pallas ku selepas dapat tempat pertama peperiksaan penggal 1.




Begitu juga bila aku sudah hampir dewasa. Bila aku dapat ke Universiti. Bila ibu mula bersusah paya mendapatkan wang perbelanjaan ke Universiti (dulu tiada wang pendahuluan ptptn). Ibu ke hulu ke hilir mencari wang. Aku mula tawar hati ketika itu namun ibu tetap mendorong. Pesan ibu yang paling aku ingat "kita orang susah, hanya ilmu dan amal sahaja yang menjaga kamu nanti bila ibu tiada".





Pengorbanan ibu (setiap ibu) adalah tidak terlafaz dan ternilai, jauh sekali terbayar. Ingatlah dan hargailah setiap pengorbanan mereka. Setiap hari adalah hari ibu untukku walaupun kini ibu sudah tiada...


Alfatihah untuk Allayarhamah Dayang Isah Binti Dato' Mohammad, ibu saya.


Luqmanaziz

11.45pm

Thursday, May 7, 2009

One Fine Day With Cik Nasha

Cik Nasha yang comel dan baik hati menemankan saya berjogging. Ah? Jogging? kah kah. Jarang-jarang sekali saya melafazkan perkataan tersebut. Tapi bila bebanan kerja yang semakin bertambah menghimpit kepala otak saya, aktiviti seperti jogging, memancing, bermain gasing, mandi hujan atau melastik burung boleh mengurangkan stress. memandangkan faktor usia maka aktiviti seperti melastik burung tersebut agak tidak sesuai bagi saya, dan berjogging adalah yang terbaik saya fikirkan memandangkan saya tiada punya rod kail.

























Jadi cik Nasha yang baik hati menemani saya. Bila dia tanya "Eh, jogging pun bawak kamera?", saya sengih sahaja. Mana ada orang jogging dengan kamera. haha. Tapi kecintaan tak mengira tempat, persekitaran dan batas waktu. Ah, biar, sekurang-kurangnya kalau letih berlari, boleh duduk tangkap gambar semut.




























Dan akibat kecekalan saya membawa kamera, maka kami berjaya jogging kurang dari 200meter. Yang selebihnya berjalan, berborak, mengusik dan tangkap gambar. Hahaha. Btw, cik Nasha memang baik hati, cun selalu dan kemerahan bila diusik.



Argh...times-up. Now 4am and tomorrow a few projects has to be carried-out. OMG.


Luqmanaziz
4.04am