Sunday, April 19, 2009

Kembali Meng-update

Salam...
Al-Fatihah untuk ibu saya yang tercinta. Lama juga saya tak mengunjungi blog saya sendiri. Selepas kembali dari Sabah, banyak perkara yang saya perlu selesaikan. Dan dari itu saya cuma sempat membaca blog orang lain, blog saya sendiri saya tinggal-tinggalkan. "Sayang anak tangan-tangankan, sayang blog tinggal-tinggalkan".









Gambar perkahwinan untuk bulan April ni agak kurang sedikit, jadi sempatlah saya berehat dan kembali aktif bersama kawan-kawan jurugambar lain keluar berkongsi pendapat. Tambahan pula banyak acara yang berlangsung di sekitar Taiping sejak bulan lepas, maka sempatlah juga menjadi un-official photographer (pilihanraya kecil P.059). Pun begitu, malam tetap saya habiskan dengan photoshop dengan beberapa album yang perlu disiapkan (sekarang ni pun tengah berphotoshop). Seterusnya saya akan lebih kerap bersama dengan blog yang lama saya tinggalkan ini, rindu. Hehe.



Thanx to Cik Nasha yang menaja makan malam saya malam ini dengan hidangan ayam masak lada hitam (resipi internet) dan sayur kacang + udangnya. Sedeeeppp gitu. Terima kasih jugak sebab susah-susah hantar ke rumah saya :D. Budi cik amat besar maknanya pada hamba.

Luqmanaziz
12.12am.