Friday, July 25, 2008

Mahal la aunty, lu tipu ka apa ni?

"Mau tangkap gambar passport macammana aunty"
"Biasa ampat keping lapan belas linggit"

"Mahal la aunty. Tak boleh kurang sikit ke?"
"Haiyaa..lagi chakap mahal ka. Itu suda mulah wo, lain tempat dua puluh"

"Mahal! Saya tangkap sendiri la. Print saja berapa ringgit?"
"Ampat keping anam linggit, tambah dua linggit sebis cas"

"Lapan keping tak boleh murah sikit ke?"
"Haiya, mintak mulah buleh tutup kedai la. Takpa LAH, saya kasi lapan keping ampat belas linggit"

"Macam tu mana ada kurang. Sama jer. Mahal!"
"U mau ka tak mau?"

"Tak mau LAH!!!"

Saya pun blah dari kedai syaiton tu. Berfikir sejenak. Nak tak nak gambar passport adik saya kena siapkan juga. Haa...kalau tangkap sendiri mungkin lebih jimat. Saya balik rumah, berfikir-fikir macam mana nak set-up studio. Saya tarik cadar putih saya, pasangkan pada tingkap, kepitkan dengan kepit kain dari jemuran mama. Letakkan kerusi, letakkan adik saya di atas kerusi dan clik clik clik. Dengan D70s + 50mm + SB-600 (bounch), saya akhirnya berjaya dapatkan shot yang hampir mirip gambar studio. Tapi, gambar studio backdropnya warna biru-biru. Dengan sedikit pengetahuan photoshop, saya berjaya mencipta backdrop biru-biru saya sendiri. Puas hati saya. Tak mahal! 0 linggit la aunty!!

Gambar yang ditangkap kemudian dibubuhkan backdrop



Setelah siap dieditkan, saya cantumkan 6 keping gambar passport dalam satu lay-out bersaiz 4R (1800pixel x 1200pixel) dan printkan di sebuah printer gambar automatik yang berdekatan. Sekeping 4R saya dapat 6keping gambar passport. Jadi, 3keping saya dapat 18keping gambar passport dengan kos RM3 dalam masa kurang sejam saja.

Kemudian susun dalam saiz 4R



Quality? Saya rasa jauh lebih elok dari gambar passport saya yang aunty tu tangkap menggunakan D70 + kit lens + studio lamp + backdrop biru-birunya. Bezanya cuma saya sedikit hensem berbanding adik saya. Selamat mencoba dan UBAH GAYA HIDUP anda. Yang paling penting, jangan biarkan orang-orang itu ambil duit kita sewenang-wenangnya!

Wednesday, July 23, 2008

180km/j tu laju enchek.

Bila terasa bosan-bosan di ofis, saya mulalah nak menyelongkar segala isi perut internet dari mulut sampailah ke usus kecilnya. Selongkar punya selongkar, tiba-tiba saya termasuk pula ke laman Utusan Malaysia. Terkehel sedikit tali perut saya bila membaca beritanya, terutama bahagian yang mengatakan tidak perlu menurunkan kelajuan 180km/j tu. Eh, apakehenya pulak 180km/j?? Bukankah kelajuan maksimum 110km/j? Setahu saya di Malaysia ni tidak dibenarkan kelajuan yang melebihi 110km/j melainkan perlumbaan F1 (yg harganya juta juta juta), moto GP, kapal terbang dan kenaikan harga minyak (lebih 110km/j ni).

Saya sendiri tidak pasti samada pihak Utusan tersilap tulis atau enchek IR tu tersilap cakap. Tapi bukankah itu macam menunjukkan datuk IR itu sendiri tidak membuat kajian dahulu sebelum bercakap-cakap kepada orang?




KUALA LUMPUR 21 Julai – Kementerian Kerja Raya merancang memperkenalkan satu sistem yang akan membolehkan pemandu kenderaan melepasi plaza tol pada kelajuan maksimum 180 kilometer sejam.
Menterinya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, melalui sistem itu, bermakna pemandu kenderaan yang melalui sesuatu plaza tol tidak perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan seperti kelaziman kini.
Beliau berkata, palang juga tidak akan diletakkan di plaza tol sekiranya sistem itu diperkenalkan.
Menurutnya, melalui sistem yang dinamakan laluan bebas pelbagai, jumlah kenderaan yang dapat melalui satu plaza tol adalah antara 1,800 hingga 2,000 buah sejam berbanding hanya 300 buah melalui plaza bayaran tunai dan 800 hingga 1,000 buah untuk Smart Tag.- Utusan.


Ish. Saya pun membiarkan orang lain membaca tulisan-tulisan di Utusan ini dengan hati yang tercedera. Kemudian saya berangkat dari kerusi saya, saya pulang ke rumah dengan memandu 180km/j dan tidorr....