Wednesday, May 21, 2008

Balik Kampung...


Balik kampung...automatik teringat lagu "balik kampung" dari Allahyarham Sudirman Hj Arsyad. Biasanya kalau bab balik kampung ni selalu happy. Sejak sekolah menengah dulu, kalau balik kampung naik bas (biasanya lepas solat jumaat), ada perasaan "terharu" lebih-lebih lagi kalau sampai depan rumah, mak & ayah dah tunggu atau masa turun dari bas pun mak dah lama tunggu di perhentian. Sebelum punggah beg, benda pertama mesti kena cium tangan mak. Itu dulu...

Esok saya fly balik kampung. Perasaan dulu tu ada lagi cuma kali ni berlainan sedikit. Saya balik kampung dengan tujuan lain. Mak dah tak boleh tunggu di hentian bas. Ehm...dia sakit

Tuesday, May 6, 2008

Wedding Again