Tuesday, April 29, 2008

Yang lama sudah hilang

1. Gambar yang tak berapa lama sangat


Malam tadi, selepas mandi dan tengok berita, saya turn-on komputer dan tengok-tengok gambar yang tidaklah berapa lama sangat yang dirakam menggunakan kamera-kamera lama saya. Mula dari tahun 2002 yang dirakam menggunakan kamera digital Casio 2MP, kemudian tahun 2004 menggunakan Sony camcoder yang akhirnya hilang selepas tidak sampai setahun digunakan, kemudian tahun 2005 menggunakan Panasonic Lumix FZ-7, tahun 2006 Nikon D50 dan penghujung 2006 Nikon D70s. Tidak banyak yang tinggal sebab kebanyakkan koleksi gambar-gambar tersebut saya simpan di dalam cakera keras komputer saya yang baru-baru ini diserang virus.

Sudah alang-alang terserempak dengan gambar-gambar ini, mulalah terasa pula nak bermain dengan photoshop. Hasilnya seperti di atas, gambar kereta saya yang dirakam menggunakan Nikon D50 pada tahun 2006 (jika ada yang request, saya akan postkan tutorial step-by-step untuk menghasilkan impak seperti ini nanti).




2. Hilang


Meskipun komputer saya sempat diselamatkan daripada virus, namun salah satu daripada cakera keras saya yang mana kebanyakkan gambar-gambar peribadi lama saya yang saya anggarkan kira-kira 16,000 keping disimpan di dalam cakera tersebut telah rosak. Mujur, semua gambar-gambar client saya disimpan dalam fail dan tidak terjejas langsung.

Antara gambar-gambar lama yang tidak dapat diselamatkan

Wednesday, April 23, 2008

Negeri Helang

Pemandangan jambatan gantung dari Gunung Mat Cincang
Binaan jambatan gantung


Tuesday, April 15, 2008

Fixed!


A million thanx to Cikgu Rasdi who provide me installers for my PC. I just formatted my system due to unknown virus damaged it. Now, I can play with my photoshop and start to blogging again without worry about hang.

Wednesday, April 9, 2008

Wedding : Alwi & Aishah







A very memorable wedding for this couple. Im covering their three events, Akad Nikah, Bersanding and Bertandang (in some place called Menyambut Menantu). The first two events were in Penang, and the last one in Taiping. By the way, the pictures above were taken at Taiping event one. Happy viewing ;)

Monday, April 7, 2008

Hingar

Aku berjalan lagi. Kali ini Azmean ada bersama, dan tujuan kami hanya untuk rehat-rehat santai hujung minggu di Taman Tasek Taiping. Memang segar petang itu, maklumlah baru lepas hujan. Sambil santai sambil jejari memetik shutter kamera. Dua-tiga kali kulihat Azmean mendongak, kadang menempek kemas diatas rumput untuk mendapatkan sudut terbaik. Sedar-sedar, aku pun menurut aksi-aksi Azmean, tiga-empat orang yang lalu berhenti, melihat-lihat apa bendanya yang ditenag Azmean.





Taman ini sungguh cantik dan damai. Daun-daun teratai yang mekar bak pelantar-pelantar hijau di muka tasik, pepatung petang yang hinggap di dahan lalang di tepi tasik, tuntung yang tenggelam-timbul mencari sisa-sisa roti hamburan pengunjung, kelopak-kelopak bunga 'sakura' yang gugur dari pokoknya membentuk hamparan ungu yang indah, dan sekejap nanti ada pengunjung berpotret di situ dan begitu juga pengunjung lain.

Dalam keasyikkan melayan alunan irama keindahan taman, tiba-tiba bunyi bingit enjin motosikal mat-mat rempit di seberang jalan masuk melobos ke gegendang telingaku. Aduh, sakit sungguh. Bergegas anak mataku melirik ke arah mereka. Sekumpulan "budak-budak bermotor" datang dengan berbagai macam gaya. Ada yang terbang, ada yang berdiri, dan segala macam gaya yang 'hebat-hebat'. Aku terharu melihat aksi-aksi sehebat itu. Dalam hati aku memuji mereka, sungguh berkebolehan dan berbakat lagi berani yang amat mereka ini. Kalaulah.......