Thursday, March 27, 2008

Karipap Siber


“Bagi karipap ni empat, lagi yang tu dua ye mak cik” Kataku kepada mak cik yang jual kuih di tepi jalan sebelah stesen minyak esso Kamunting. Dikeluarkannya plastik pembungkus lalu disuapkan karipap-karipap tadi satu persatu.

“Tadi kamu beli paper apa kat sana?” Mak cik jual kuih ni mula nak bersembang-sembang pulak sambil diliriknya suratkhabar yang terkepit di celah ketiak ku. Sebelum aku ke gerai mak cik ni tadi, memang aku singgah ke gerai tolak seorang pakcik india diseberang jalan untuk beli suratkhabar.

The Star, kenapa mak cik? Balasku selamba.

“Baguslah, elok kamu baca suratkhabar je. Sekarang ni macam-macam berita dari internet tu yang tak boleh percaya” Jawab mak cik karipap tu lagi. Aku kagum jugak dengan mak cik karipap ni, mungkin dia dah celik IT.

“Eh, kamu dah tengok ke paper tu?” Soalnya lagi bersungguh. Tangannya masih tekun membelek-belek karipap yang terbaik untuk aku.

“Belum lagi mak cik?” Aku bersahaja. Bukan tak nak layan, tapi aku kecil hati dengan pandangannya tentang berita internet tadi. Mungkin yang dimaksudkannya ialah blog-blog yang menjadi media alternatif untuk pihak yang tiada suara di media utama.

“Mak cik tengok kat tivi semalam, mak cik marah betul sebab orang cina di Penang dah buang DBP.” Luah mak cik karipap sambil matanya terjengil seolah-olah terasa jijik. Mujur cermin matanya yang bulat besar itu tak jatuh.

“Eh, bila masa dorang buang DBP mak cik” Aku hairan apa yang dicakapkan oleh mak cik keripap.
“Eeee kamu ni, lain kali kamu tengoklah berita kat tivi, jangan asyik tengok cerita omputeh je. Kamu tak tahu ke apa yang dah jadi kat Penang tu, orang cina dah ambil semua tanah orang Melayu kita ni, lepas tu dorang nak buang DBP pula. Nah, semua seringgit enam puluh sen.” Mak cik karipap memandang sinis padaku sambil menghulurkan beg plastik berisi karipap tadi. Aku masih bingung.

“DEB ke mak cik?” Tanyaku.

“Haa. DEB tu la. DEB ka DBP ka sama la tu.” Benang mak cik karipap yang basah tu ditegakkannya semula.

“Tapi tu kan tak melanggar undang-undang, Ketua Menteri tu nak buat pembaharuan la tu, lagipun DEB tu kan cuma menguntungkan orang-orang tertentu je” Jawabku dengan sedikit hujah sambil menghulurkan dua keping not RM1 kepada mak cik karipap.

“Kamu tak tahu, DBP tu lah yang menjaga ekonomi orang Melayu kita ni” Jawab mak cik karipap pendek, sambil tangannya mencapai majalah mangga yang memaparkan seorang wanita berumur di muka depannya.

“Amboi, Mama Rina ni dah empat puluh lebih pun cantik lagi ye, memang kejutan sungguh dalam AF6 ni, pandai sungguh tivi tarik penonton ye Mah” Jeritnya pada rakan sebelah gerai yang juga menjual benda yang sama. Bezanya Mak cik karipap ni ada menjual Nasik Lemak sekali.

“Eh, mak cik tengok AF kat astro ke mak cik?” Aku tersenyum kecil dengan telatah mak cik karipap.

“Mestilah, mak cik ni memang peminat AF dari mula lagi, AF satu dulu. Nah bakinya, jual naa” Jawabnya seolah bangga dengan pengetahuannya tentang AF, dua keeping duit syiling dipulangkannya padaku.

“Ooo…tapi DEB tu apa mak cik?” Sambil aku mula melangkah.

“DEB? Errrrrr....DBP......”

Tuesday, March 25, 2008

Enam minggu

Selalu, selepas makan-makan kenduri kahwin, lima minit selepas saya duduk di sofa usang rumah saya, telefon saya bising-bising dan pemanggilnya adalah orang yang empunya majlis makan-makan kenduri kahwin tadi. Ada apa ya? Takkan lah dia panggil suka-suka. Biasanya permulaan kata-katanya bagus-bagus saja. Dah sampai rumah? Dah makan bekal tadi? Eh, nak makan apa kalau bekal tadi adalah bunga-bungaan plastik dalam bakul plastik, dengan daun-daun yang nampak macam kristal. Mana boleh makan Kristal, adapun Kristal itu cuma untuk tontonan, perhiasan supaya bunga tadi indah-indah saja. Makanya "kristal" itu tiada manfaat langsung untuk isi perut saya, dan terbukti bukan saja pada saya malah penduduk-penduduk nun di wilayah hadhari itu. Adapun yang boleh dimakan cumalah telur yang dibalut semacam kuntum bunga yang baharu hendak mekar dan pasti belum lagi dimakan sebab saya bukan penggemar telur, malahan saya baru duduk rehat-rehat di ruang tamu.



Lalu yang biasa ditanya oleh pemanggil tadi ialah album kahwinnya. Bolehkah siap esok lusa? Atau segera-segera boleh dilihat-lihat dulu? Aih, sudah dibincangkan sebelum makan-makan dan sebelum-sebelum itu. Tapi itulah, memang hari yang indah-indah ini tak sabar-sabar nak dikenang semula. Baiklah, tak mengapa kawan-kawan, saya pun faham kalian. Sekali ini lagi saya ingin khabarkan, album kawan-kawan itu boleh siap dalam enam minggu paling lewat. Paling lewat ye. Dan paling awalnya tiga minggu untuk yang costum itu dan dua minggu untuk yang sticky itu. Lalu jawab si pemanggil, “yeke??, lambatnya :( ….”

Aduhai, sebelum itu kan kawan-kawan, sebelum saya dipilih sebagai calon kawan-kawan sekelian, saya janjikan yang benar, enam minggu. Alahai, mana mungkin lepas saya menang hasil sokongan kawan-kawan, tiba-tiba janji saya tadi sudah jadi tidak relevan? Ish ish.





Kenapa enam minggu? Yang pertamanya kawan-kawan, minggu pertama itu gambar-gambar kawan-kawan itu saya touch-upkan supaya yang kurang sedap saya tambahkan kicap, dan kurang manis saya tambahkan gula. Bukan sedikit yang ditambah kawan-kawan, bukan sajian seisi keluarga, tapi seisi umat yang datang makan-makan. Adalah lima ratus, kadang tujuh ratus keeping yang perlu disedap-sedapkan. Isk, kalau dua itu sudah dikira banyak, tujuh ratus itu lagi banyak.

Yang keduanya kawan-kawan, minggu kedua itu mulalah saya pertontonkan melalui internet/ email supaya kawan-kawan boleh memilih sendiri potret-potret kawan-kawan itu, untuk diabadikan dalam album yang keras lagi padat itu, hatta kalau terkena hujan boleh dibilas, kalau terkena panas boleh digilap, dan kalau terkena kepada kepala anjing, nescaya akan taubat lah anjing itu tidak berkehendak terkena lagi lalu mengajarkan anak cucunya supaya tidak lagi terkena album itu. Adapun minggu seterusnya kawan-kawan, upacara menghias-hias dan menyusun atur gambar-gambar itu supaya cantik-cantik saja, kemas-kemas adanya. Bukan tangkap muat ye, tapi tangkap dan lipat elok-elok, tulis indah-indah dan save dalam format photoshop. Lalu dihantar kepada saudagar album di negeri Mutiara sana untuk beliau sama-sama mendapat sedikit keuntungan bersama, kawan-kawan. Jadi, sedikit untung pada saya, juga sedikit pada beliau itu, bahagi sama-sama rata.



Eh, dah minggu kelima kawan-kawan. Lalu dalam minggu ini, kawan-kawan bolehlah datang berjumpa saya untuk menuntut hak kawan-kawan itu. Sebab itu ia perlu enam minggu kawan-kawan. Jadi tiadalah kerisauan lagi tentang kualitinya, sebab S.O.P.nya itu sudah dibuat rapi sebagai tunjuk arah perjalanan album kawan-kawan itu. Tiba-tiba kawan-kawan kata lagi, “Ahhh…lambatnya lagi”. Eh, bukankah tadi cakapnya bagus-bagus saja? Kawan-kawan, cuba tanyakan pada Ah Seng saudagar album di tempat kawan-kawan itu, berapa lama dia siapkan buku-buku album ini untuk kawan-kawan? Katanya, “ini manyak kilija munya balang, eenam mulan balu muleh siap woo”..kawan-kawan….

p/s: imej-imej di atas adalah album perkahwinan Hairul & Syaz yang sudah pun selamat sampai ke tangan mereka.

Karya Suka-suka : Pak Atan

Masihkah anda teringat kisah Pak Atan dengan dugong kesayangan beliau yg bernama si Tenang suatu ketika dulu. Kisah ini telah menggemparkan negara apabila si Tenang telah dijumpai mati selepas 40jam dilepaskan oleh Pak Atan atas desakan Jabatan Perikanan Johor. Si Tenang telah ditemui oleh Pak Atan ketika beliau memeriksa kupang yg diternaknya di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor, kemudian telah dijaga oleh beliau selama 41 hari. Banyak kenangan suka-duka Pak Atan bersama 'baby' baru kesayangan beliau, namun beliau amat berasa sedih dan terkilan apabila menemui si Tenang mati.

"Pakcik sangat terkilan sebab si Tenang hidup dengan gembira bersama pakcik dan kadangkala kami berkaraoke bersama...tapi apa dah jadi sekarang, si Tenang sudah pergi...." Cerita Pak Atan kepada penulis sambil membetulkan rokok daun dibibirnya. Asap kelabu kemudian tersembul dari corong hidungnya. Pak Atan merenung jauh seolah-olah terkenangkan sesuatu.

Penulis menemui Pak Atan di Sungai Kerang, Perak setelah berpindah dari Pasir Puteh, Johor kerana terlalu bersedih atas kematian si Tenang. Kini Pak Atan tidak lagi mengusahakan penternakan kupang dan beralih menjadi nelayan sepenuh masa, kadang2 membuat kerja part time di sebuah kilang di Kamunting.


Pak Atan....sudah tidak lagi mengusahakan kupang.

Atas permintaan penulis, Pak Atan telah membawa penulis ke tempat beliau menangkap ikan sambil menceritakan kisah beliau dengan dugong ajaib tersebut.

"Hati mana yg tak terguris kalau jadi sebegini..?" kesah Pak Atan ketika suasana sunyi, cuma deringan merdu ombak dan bunyi bot nelayan nun jauh kedengaran seperti kereta mercedes masterpiece kepunyaan En. Tarmizi. Di susuli dengan cucuran air mata, Pak Atan kemudian meneruskan kerja menangkap ikan.


Pak Atan kini bahagia dengan kerjaya barunya, namun jauh disudut hati, beliau masih merindui si Tenang.



Penulis bersama Pak Atan.



Anak sedara Pak Atan yg memang nakal. Hanya beliau saja tempat Pak Atan bergurau dan menghilangkan rasa rindu kepada si Tenang. Mungkinkah anak sedara Pak Atan ini seekor dugong?


Pak Atan merenung jauh....terkenangkan kenangan lalu..walaupun cuma seketika tapi kesannya sangat mendalam kepada beliau.

Sampai disini sahaja penulis sanggup mencoretkan kisah Pak Atan. Tak sampai hati melihat kesedihan beliau. sebelum berakhir, Pak Atan sempat membisikkan sesuatu ke telinga saya, dalam keadaan yg sungguh sedih.....

"sebenarnya pakcik telah menukar nama kepada nama lain. Jika pakcik gunakan nama Pak Atan, pakcik takkan dapat melupakan si Tenang. Sekarang org2 kampung panggil pakcik dengan panggilan 'Zack TS'..." bisik Pak Atan lalu meninggalkan saya seorang diri di buritan tongkang...


p/s: Karya ini adalah karya suka-suka karangan saya yang bertujuan untuk berjenaka sesama rakan sepejabat dikala semuanya pening-pening lalat dengan tugas seharian. Kisah dan watak-watak dalam karya ini adalah rekaan semata-mata.

Sunday, March 23, 2008

Singgah Sebentar

Dua tiga minggu ni cuaca di Taiping asyik hujan sebelah petang. Mungkin sudah musimnya. Tapi Taiping memang selalu hujan, kadang pagi, kadang malam, dan bila-bila saja yang dikehendakiNya. Hujan itu rahmat, ada rahmat yang kita nampak dan ada yang tidak. Contah rahmat yang boleh nampak samada hujan itu menyejukkan cuaca yang saban hari semakin panas, ataupun air hujan yang menyirami tanaman supaya manusia tidak putus dari makanan. Dan juga Rahmat Ekamatra itu bukanlah rahmat yang dibawa oleh hujan.



Bagi aku, rahmat yang paling aku nampak adalah pemandangan yang indah-indah selepas hujan. Ketika memandu dari kamunting ke Taiping hujung minggu lepas di jalan yang biasa aku lalui hampir setiap minggu, mungkin juga lima enam kali seminggu, tersentak pemanduanku. Bukan sebab keretaku semput, atau tayarnya pancit, tapi pemandangan di sebuah banglo usang di kanan jalan.





Banglo tinggalan zaman penjajahan ini sudah tidak digunakan lebih 20tahun lalu menurut cerita seorang kawan Tionghua yang menceritakan sejarah taiping. Aku kagum dengan rakan ini, dia amat arif sejarah Taiping, manakala rakan sebumiputraku yang lain juga amat arif tentang-tentang ekzos motor, wheely, handphone model terbaru, akademi fantasia dan bermacam ragam yang "amat berguna" untuk anak cucu mereka nanti. Malahan ada yang mungkin lebih kenal Mama Rina daripada Long Ja'afar.

Bangunan-bangunan lama ini seakan kurang dijaga baik oleh pihak berwajib. Ada sesetengahnya dirobohkan untuk pembangunan, dan kebanyakkannya menjadi banglo tinggal dengan bermacam ragam nukilan pada dindingnya hasil kreativiti kawan-kawan sebumiku tadi. Mungkin pihak MPT kekurangan dana untuk maintanance bangunan "tidak berguna" ini. Maklumlah, kerajaan baharu ini memansuhkan segala jenis saman, maka MPT hilang duit poket. Tapi sebelum-sebelum ini? Eh, tiba-tiba teringat pada nasib negeri Mutiara yang secara tiba-tiba dua tiga hari ini orang Melayunya dipinggirkan. Tapi sebelum-sebelum ini? Aku hairan kenapa kaum bumiputra Di Bawah Bayu itu, kaum aku, tidak menjerit-jerit, mengganyang tuan-tuan menteri sebab kaum bumi di sana juga terpinggir, sama nasibnya dengan yang di negeri Mutiara itu. Hasil Mahsulnya banyak, negerinya kaya, Di Bawah Angin itu indah, tapi tokey balaknya bernama Chua Lian, pengarah projeknya bernama Ng Choo Shin, dan Kong Guan itu kaya di sana sekarang dan sebelum-sebelum ini. Mungkin tak terpinggir sebab Hiew King Chew cuma menang satu walaupun si dia itu kaya raya dengan hasil bumi si bumi.

Wednesday, March 19, 2008

USM

Dah lebih dua tahun aku tinggalkan tempat ini. Yah, seolah satu percutian yang panjang, empat tahun di sini, tiada kerisauan tentang tanggungan malah ditanggung (PTPTN). Berjalan kaki dari desa gemilang ke Sg. Dua, kemudian berjalan lagi. Kemudian aku membeli sebuah motosikal Honda NSR (NAN995), mudik kehulu bermotor, ke hilir pun bermotor. Teringat pada pusat snuker, teringat pada pusat hiburan sekeluarga, teringat pada Suraridz cafe, teringat pada restoran 'Kerbau', teringat pada Bukit Bendera, teringat pada N' Park dan lebih-lebih lagi teringat pada Irwan, Busu, Asan, Keyo dll. Tapi percutian itu sudah berakhir, kini tanggungjawab mula dipikul, kerja semakin tough, survival untuk hidup mula terasa. Rupanya beginilah rasanya bila sudah ada tanggungjawab, sebab itu ayah selalu mengingatkan untuk menghargai setiap yang kita miliki, bukan senang untuk mendapatkannya. Di bumi Allah ini, meskipun segalanya adalah milikNya, namun pemilik sementara berupa manusia ini selalu berkira. Segalanya tiada yang percuma. Maka itu, ayah berpesan, jangan mudah membazirkannya, sebab ia bukan percuma. Betul kata ayah. Aku? belum ada tanggungjawab penuh, tapi sudah mula merasakan peritnya tanggungjawab. Aku mula terfikir, bagaimana ayah dulu begitu kuat mengharunginya. Lebih-lebih lagi ayah jauh lebih kekurangan daripada apa aku ada sekarang ini. Tanggungan ayah ramai. Juga, pekerjaan ayah (kalau dipanggil pekerjaan) sebagai mubaligh kadang bergaji dan kadang tidak. Menelusuri rimba, dengan niat murni mengkhabarkan agama pada yang belum tahu. Hasil dari rezeki yang sedikit, dapat juga ayah menghantar abang ke kota Coventry untuk mengaji ilmu mereka. Sungguh, aku kagum dengan ayah.


Wedding : Fiza & Fadzli

Awal tahun 2008 aku agak kurang mengambil tempahan fotografi perkahwinan. Tiga empat tempahan juga aku tolak, datang yang lain pun aku tolak. Tolak dengan baik, jadi tidaklah penempah tadi terasa aku ni berlagak. lagak? ah, bukan berlagak, awal tahun 2008 jadual kerja semakin ketat, yang ditempah pun pada tarikh aku berkerja. Waualupun begitu, tempahan yang dibuat untuk hari ahad biasanya amat dialu-alukan. Fiza & Fadzli ni client aku hujung tahun lepas. Tak banyak foto yang dibenarkan untuk dipertontonkan atas permintaan fiza.



Monday, March 17, 2008

Siri Koleksi : Bukit Merah sunrise





Selepas keluar minum dengan beberapa orang kawan termasuk Saiful Nang (Sifu of Malay Wedding photojournalist, and founder of Candidsyndrome Bhd) malam minggu lepas, Azmean mempelawa aku untuk buat shooting matahari terbit di Bukit Merah. Bukan untuk commercial, tapi sekadar simpanan peribadi. Pagi itu, aku & Azmean bertolak seawal jam 6a.m dari Kamunting, seorang lagi rakan, Rasdi bertolak dari Bagan Serai. Beberapa gambar matahari terbit di Tasik Bukit Merah ingin aku kongsikan di sini.

1) Gambar wide ketika matahari terbit
2) Gambar di sudut lain Tasik Bukit Merah
3) The making

Sunday, March 16, 2008

Aku di sana : Cameraon Highland Part 3

........What the boring activities, gaying ourselves in the hotel room...so we decide to take our dinner...naaa...nak makan apa pun tatau...we dont have idea what is the Cameron favourite food...so..makan kat medan selera la...i just realize that in Cameron also have a satay stall that compete to satay kajang in price...but not in taste...huhuhu...30 cucuk for RM15...wow, shud be yummy but the fact is not...hik hik...

What the hell, im well noticed that CH is one of Pahang's state but what happen was, all the geeks are very excited when Perak's player in action during watching a Liga Premier....with confusion, I let them watch the game...hahaha...while me, yeah, playing with my "toy"...damn man, dont blueish ur mind, i refer to camera when said "toy"....

With a passion of 18degree C, we start to ronda2....hmmm...i forgot to bring my sweater along and its already 9.30pm...i dont think its a good idea to walking around by only wearing T-shirt (of course with jeans la)...so, i decide to buy a sweater "cap atromen taro"...hahaha...very nice in color, combination with white n red took my attraction to it....and im attracted....hahhaa...



The most adorable guy contest..pls SMS ur vote. Im not in the contest, im the least adorable among us, so i dnt want to take any risk....my bad...

follow our foots, it brought us to a pasar malam...(i always called it pasar malam indon)...most of the stall owner is Chinese but the promoters was Indon's chickies...hmm...no wonder on the next day, i found an indon's promoter speaking chinese....huhuhu...."buah cinta"..is the most popular fruit they sell...i dnt know where the fruit come's from...and this is 1st time i heard bout it...i was thinking that, buy this fruit for "mencari cinta"...hahaha...(p/s: if it so, then i highly recommended it to brother mdfaiz@silverstone.com.my...hehhe..jgn marah arrr...)....once again, i was attracted to a "jaket bandel" during jalan2 kat pasar malam indon...arrr...i cant resist the pawah of "my name is Rain, hitam itu kemas bla bla.."...damn me....i bought 1 more jacket...and now im raining in the jacket..kui kui kui..huh, i dont want to continueing jalan2 at pasar malam indon, scared if there a more jacket shop around the corner...better we leave the pasar malam...it was so horrible, my pocket almost empty in just 15minutes..is that horror u? hahhaa....



Tanah Rata...we was in Germany actually...the address was, kampung tujuh-tujuh, tanah rata, Germany. believe it dude..

Then, next destination is Tanah Rata and Wringlet...(sayuti call the place by name of "singlet miss wong"...hahahha)..surveying for a waterfall, tea garden and Cameron valley...but nothing can see at late night darkness...even singlet miss wong...going back to brinchang, and layan Aunty Rozie kopitiam...there was a few couples..i know, its time for sayuti to calculate how many times they was dot dot dot....thanx for the special sense gift to sayuti..hahaha...(one young couple with a babyface chicks wearing tudung bermanja-manjaan with her partner beside our table....uhuhuhu...) nobody can gues if they are married o not..hik hik...let them layan their own bussiness lah yek....



A candid of chicky..look lke arabic but they speak malay well...maybe they are marabic....(i like this angle)




The faces of virgin bachelors...with their experession...i beleive that the pics in the midle was make this photos owesome...



after Rozieing ourselves, its time for bed. its not too far from hotel, so just naik and tido...while some of these buddies are bermanja-manjaan pulak...especially akmal with "her" partner razeef. they are very ideal partner i ever met. one with babyface and manja (akmal) and one with metrosexual looking (her partner)...sayuti? owh, god knows how jalous he is that time.. i can see in it his face but i haven't time for gaying...deep in his heart, he also want to be like akmal....(ahahahhaa)....



We are ready to the "bad bed"..said sayuti, but fun for the couple...what the hell.....

While i still on the phone, the couple were done their job, i saw akmal getting to shower before sleep...sayuti were flatted himself, and razeef were flying to another world...me...still with my "problem" on the phone (this i dnt like to mention)...around 3 am, we are lost in our dreams...i dnt know what is those buddies dream of, but me, its empty...totally lost..

and last but not least, im success to spend 20minutes for this story..hahah..my bosses were not in my back, one of them just came in..so i have to stop here....dono when will can spend another 20minutes for the next story...hik hik...so...enjoy urself na....

Aku di sana : Cameron Highland Part 2


we arrived to kerajaan langit around 6.30pm...waaa...lenguh2 tengkuk...but after breathing an CH air, it just like some power from the air enter to my lung via nose. Now i believe to the power of 18degree'C' CH air. Met Mr Blue Cat at petronas Brinchang (what an ugly name, some more wringlet just sound like singlet..haha). We start to look for the lodging...jalan2 at the town. Honestly the town have no attraction other than its air. Just like the other "semi-koboi" town. But dont play2, there also a secret recepy, KFC, Aunty Rozie kopitiam, and not least the pasar malam indon...wakakkaka...

Searching for a lodge is not very hard there...a few hotels, motels, rest houses, apartments and surau for u to stay. after a small discussion, we choose Rainbow Hotel and Lounge to stay at. It cost us RM280/nite (act just RM120 after discount, ahahha)....

Chickening around is not a best idea there...all chickies come with their "daddy" or "mummy"...so, we just "telan air liur sendiri"...hik hik...jokes yah.....at this point, no meaning to lepak tengak2 dorg, so we decide to gaying ourselves at the hotel room......

opsss...times up...i just have 10 minutes/ day to write the story....3 bosses watching my back...next story will be continue...teng teng teng....u'll see the real gay on the next story...a "romantic gay" episode...hahahha



arrived to Brinchang...a wierd name of town...we met Blue Cat here...






Playing around at Brinchang's KFC. Owh, it's really cool to dot dot dot....hahah...






Walking to find lodge...damn, nobody can take my picture like this angle....i want it too laaa....assigned teloq to capture but he only capturing my foot....huhuhu...next vacation, i have to bring my own assistant lah...

Aku di sana : Cameron Highlan Part 1

yahhh guys....this is an intro of the cameron highland bachelors trip story....
hope this story will never end...haha..

depart from tepeng around 4.30pm, after reconsidering back the "janji melayu".. well, it always happen...
its not the pure janji melayu coz we are ready to depart as early 2pm (planning 3pm) but commitment to company
were make it a lil bit late to 4.30pm after the IT guy finish his work at 3.47pm...

now, gas were full, energy were over (except me, late slept 6am on the nite before), mental were strong
and passion were stim....its time to fly to the "kerajaan langit"...no singgah2 minum coz we really have to reach
kerajaan langit before 7pm.... yeah, the janji melayu was not in place, we arrived early than as promised (act plan)..

while a few "blue cat" found scattering around the town..even down town to find rats i gues...then somebody
are suddenly appear in our mind...we have a "blue cat" friend who always find rats at TTC. More than that,
this friend are sometimes transform to be an "old panther" or "poor panther" when he on rushing and running out of time.
we lought together while thinking bout this fellow...hahaha....some of the buddy said "kalau aku jumpa dia kat sini, aku pancitkan tayar dia"....
wow...so brave to do that....then..........jeng jeng jeng....only 10 minutes after the words, it really happen....
The blue cat are really there...damn mannn!!!!! you always appear in the unexpected place.....wallaweeee,.....

so how bout the words??? no...the buddy was "kecut teloq" to do that...bang bang bang!!!!!...


the bachelor trip members....sayuti, myself, akmal and razeef



"blue fish" and his cute son with the writer at BOH Tea House...the world so small ka? huhu..

guys, i have to continue my work....my photostory will be continue later...this is an intro...
and more photodocumentary, photojournal and photofit will be published...wait yah...babai...

sawadikapp.....<---haha...found a thai girl during breakfast...damn cute and hot...

Friday, March 14, 2008

Thursday, March 13, 2008

Me & Wedding Photography

Aku berhenti seketika, rintik-rintik peluh mula timbul didahi luas ku. Ku letakkan kamera Nikon D70s ku di atas meja yang dikhaskan untuk tetamu VIP, diikuti dengan beg hitam pengisi lensa. Ku belek satu persatu hasil ‘tembakan’ tadi. “Arhhh...masih banyak perlu aku perbaiki lagi”, gesah suara kecil hatiku. Manakan tidak, lain ku mahu, lain yang ku dapat. Gambar pengantin menyuapkan makanan penuh sopan, tapi yang aku dapat, mulut pengantin ternganga luas seolah tidak bersarapan pagi tadi. Tergelak kecil, tapi aku kena buat lagi sehingga apa yang aku nak aku dapat.

“Bang, cover sorang je ke?” Aku tersentak apabila seorang gadis lingkungan 20an menyapah dari tepi.

“Aaa..ye..sorang saja.” Balasku.

"Abang dari team Luqmanaziz kan?

"Oh..sebenarnya Luqmanaziz tu bukan team. Saya freelance photographer, Luqmanaziz tu brand yang saya letakkan untuk servis saya. Mana awak tahu saya dari luqmanaziz?" Aku menjawab tanpa berhujah panjang. Sambil gadis tersebut memperkenalkan diri sebagai Nadia, beliau terus rancak dengan soalan-soalan yang kadang-kadang menghiburkan lebih-lebih lagi di Majlis ini, aku tak kenal sesiapa pun melainkan pengantin.

"Pengantin tu kawan saya, dia ada bagitahu tentang abang. Saya pun pernah masuk dalam website abang, dan gambar-gambar disitu very nice, saya pernah hantar email pada abang"



Nadia dan kakaknya di Majlis Perkahwinan Intan & Assad



Cerita di atas adalah sedutan dari perbualan aku dengan seorang peminat fotografi di maljlis perkahwinan Intan & Assad, Ogos tahun lepas. Perbualan kami agak panjang, merangkumi isu harga, isu attitude photographer dan yang paling susah dijawab ialah kenapa aku jadi freelance photographer? Disini aku ingin menjawab sekali lagi soalan beliau tadi. Kenapa? Aku akan menjawabnya melalui petikan dari lamam fotopages luqmanaziz seperti di bawah:

December ini memang 'meletihkan'. Memang saya tidak ada masa untuk berehat, keluar yamcha dengan kawan2, lengloi, dan macam2 lagi aktiviti-aktiviti normal terpaksa saya ketepikan. Normal weekdays saya berkerja office hour, malam buat design dan editing foto dan weekend shoot untuk majlis/ event. December juga kena prepare bermacam-macam report closing untuk tahun 2007. Seorang kawan pernah berkata, "ko ni manusia ke kabor?". *kabor tu sejenis serangga yang tak tido, asik terbang aje*. Ya, kalau ada orang nak kata kabor pun dah boleh, hehe. Sebab, TIMEFRAME IS MY PRIORITY!. Ada beberapa album telah disiapkan dan hanya tinggal untuk delivery walaupun masih ada seminggu lagi due date. Tak terkecuali, masih ada beberapa album dalam senarai waiting list untuk disiapkan. Kenapa sampai sanggup ketepikan masa rest? tak cukup lagi ke duit gaji? Honestly, saya buat semua ini sebab saya ada "passion" dengan photography, perasaan untuk melihat suasana kegembiraan, dan keseronokan untuk membuat orang lain lebih gembira. Money? its not no.2, still in my top objective sebab saya berasal dari keluarga yang agak sederhana. Ini lah masanya untuk berdikari dan membantu keluarga (now, its ald become no.1, hehe).

"Three sentences for getting success:
1) Know more than other
2) Work more than other
3) Expect less than other"
-William Shakesphere-


So, young man, its the time for you to work harder, twice than others!


-http://luqmanaziz.fotopages.com, isu 8th December 2007-



Me in action



Antara gambar yang diambil ketika majlis perkahwinan Khairul & Syaz



Lebih suka pada gambar yang berkonsepka journalistic

Pesan Ibu


Hari itu adalah hari pentingnya. Dia bangun awal, seawal ayam berkokok lagi. Bangkit dari hamparan tilam lusuhnya, diselaknya kelambu dan melangkah mamai mencapai tuala yang juga lusuh. Ibu sudah lama bangkit, sudah lama segar dari lena, sudah hampir siap menghidang alas perut untuk pagi itu. Dia merapati ibu yang dari tadi agak sibuk dengan kualinya, dengan belanganya. Dipeluknya ibu erat, seolah lama tidak berjumpa, dibalas ibu dengan belaian lembut ke rambutnya.

“Awal kamu bangkit? Tanya ibu. Tanpa menunggu jawapan, ibu menyuruhnya bersiap untuk menadah tangan kepadaNya.

Pagi itu ibu banyak tersenyum, tak banyak bercakap. Riak wajah ibu penuh kegembiraan, kebanggan dan segala intan permata terlukis pada riak wajahnya. Dia gomolkan dua tiga genggam nasi goreng ibu, diletaknya ditepi pinggan, dijamahnya satu-satu. Itulah kebiasaannya setiap kali menyantap masakan ibu. Sambil menghirup kopi ‘O’ panas, ibu memulakan bicara.

“Tidak ada harta yang ibu dapat berikan pada kamu. Kita orang susah, hanya ilmu dan amal saja yang dapat menjaga kamu nanti jika ibu sudah tiada.” Perlahan suara ibu kedengaran diselang-seli dengan kokokan ayam dari bawah rumah. Dia tidak menjawab, dia tunduk menghadap rezeki pagi itu, fikirannya ligat, ada risau ada sebak.

“Ingat pesan ibu, kamu jangan sesekali membelakangi ilmu. Jangan lupa pada Tuhan, dan jangan kamu lupa asal-usul kamu bila sudah senang. Jika ada seguni duit emas, disebelahnya ada segenggam ilmu, pilihlah ilmu.” Dia akur, faham dan tidak bersuara.

Tengahari itu, dia berlari-lari memanggil ibu. Dari kejauhan dia melihat ibu sedang menunggunya di anak tangga kayu yang agak usang. Tangga kayu bulat dari pohon-pohon kayu yang ditebas ayah. Suaranya tidak berhenti memanggil ibu. Ditangannya penuh dengan kotak-kotak hadiah dan bongkah-bongkah buku yang dibalut rapi dengan kertas hadiah. Sesekali tali kasutnya yang terlerai terpijak menyebabkannya hampir jatuh. Digagahinya juga walaupun badan kecilnya seolah-olah tidak mampu membawa beban itu. Sesampai pada ibu, diletakkannya semua hadiah tersebut dipangkuan ibu, dicapainya tangan ibu dan dicium berkali-kali.

“Ibu, ini semua untuk ibu.”

Dia mendapat hadiah pertama dalam hidupnya. Ibu tidak pernah membalutkannya hadiah yang indah-indah seperti itu, ibu tidak pernah mengingatkan tentang hari jadinya, ibu tidak pernah. Tidak pernah bukan bermaksud tidak ingin. Dari ibu, secoret kata pesanan itu adalah hadiah besar baginya. Dihitungnya satu-satu, ada enam kesemuanya. Hadiah dari sekolah untuk murid terbaik akademik kelas tahun satu, murid terbaik akademik keseluruhan tahun satu, murid terbaik pendidikan islam (khas), anugerah murid contoh, hadiah tempat pertama tilawah dan tahfiz kanak-kanak peringkat daerah Kota Marudu 1988.

Dipinggir mata ibu, terlihat air-air jernih yang mula berkaca-kaca. Dia tahu, itu adalah air mata kegembiraan ibu kepadanya dengan apa yang telah dicapainya. Dia sebak.

Kini ibu semakin tua. Namun pesan ibu tetap segar dalam nuraniku.

Tuesday, March 11, 2008

The Footstep (of mine)

The footstep fairies follow you Wherever you may walk, And when you tread the grasses down, They push back every stalk. Though you may watch for hours, But hide themselves behind your feet, And in among the flowers. Then, when you've gone along your way, They tug with might and main, Till all the little blades of grass Are standing straight again.