Sunday, December 21, 2008

The Pattern of Mother Nature

Well, i cant remember how many times i've been at Bukit Larut, the place that i like the most on the weekend. Just ~5km from my house, less than 10 minutes driving to the jeep station. I like the atmosphere, fresh/ cool wheather, fresh air, the views, and the mother natures. The pictures below taken last two months during my visit with Yana.

The bird on the greeny leaves
DSC_8447

I'm not sure the scientfic's name of this little flower, but its beatuiful.
DSC_8543

Friday, December 5, 2008

FLASHING THE STROBE TO THE ROBE

I woke up in the morning before a friend of mine, Cikgu Rasdi called me to ask about the "strobist trial shoot" which have been planned a few days ago. Uhm, Sunday morning, I feel like my body love the pillow much.

Our model (my friend), Yana, came earlier. Since this is only a trial, so the dress is not our priority. We set-up the simple strobe system with two flash lights, with shoot-thru umbrella with a stand and a giant reflector. Most of the shots from me using 18-70mm lens, and Cikgu Rasdi used to grab his 70-200mm virginity.

DSC_8177 copy2

DSC_8149

For this time, we didnt have any concept and theme. The main objective is to explore the effect of light distance to the subject, the angle of the light source and the combination of the natural light and fill-flash. However, some of the shots from me are only using reflector and naturally lighted. ;)

The last words from Cikgu Rasdi is, "We have to re-do this again, with the same model. my objective is only 60% achieved".

........So I am

Monday, December 1, 2008

FIZA...THE AWESOME STRANGER

I know her during my vacation at Pangkor Island, last October. I didn't know her before until we're sat side by side in the same ferry. From a short conversation then to a miles. She's a part time model, performed quite number of modelling. And now become my friend, and I am a photographer. So, tell which photographer didnt interested to shoot model or which model didnt want photographer to shoot them? The answer is, No Where!.

11 copy copyA

Friday, November 28, 2008

AFTERNOON AMIERA

This picture is among the earlierst photo of Amiera after we met. I shoot this on the afternoon when the sun is directly light her. Then I took my car's sunshield to reflect the light so the harsh shadow can be eliminated. Finally, a bit touch-up using photoshop made the subject stun.

mira

Wednesday, November 26, 2008

WHEN I FLASHED MYSELF

A few years ago, I moved to the digital format of photography. But since then, I always love to use available lighting to my subject, unless in wedding event that held in-house.

Until a friend of mine ask me tyr to shoot flash enhanced subject, then I took this for him. This picture was taken by me using external flash set to CLS with built-in commander from my camera.

DSC_1298 copy

Thursday, August 7, 2008

My HDR

bukit merah

Friday, July 25, 2008

Mahal la aunty, lu tipu ka apa ni?

"Mau tangkap gambar passport macammana aunty"
"Biasa ampat keping lapan belas linggit"

"Mahal la aunty. Tak boleh kurang sikit ke?"
"Haiyaa..lagi chakap mahal ka. Itu suda mulah wo, lain tempat dua puluh"

"Mahal! Saya tangkap sendiri la. Print saja berapa ringgit?"
"Ampat keping anam linggit, tambah dua linggit sebis cas"

"Lapan keping tak boleh murah sikit ke?"
"Haiya, mintak mulah buleh tutup kedai la. Takpa LAH, saya kasi lapan keping ampat belas linggit"

"Macam tu mana ada kurang. Sama jer. Mahal!"
"U mau ka tak mau?"

"Tak mau LAH!!!"

Saya pun blah dari kedai syaiton tu. Berfikir sejenak. Nak tak nak gambar passport adik saya kena siapkan juga. Haa...kalau tangkap sendiri mungkin lebih jimat. Saya balik rumah, berfikir-fikir macam mana nak set-up studio. Saya tarik cadar putih saya, pasangkan pada tingkap, kepitkan dengan kepit kain dari jemuran mama. Letakkan kerusi, letakkan adik saya di atas kerusi dan clik clik clik. Dengan D70s + 50mm + SB-600 (bounch), saya akhirnya berjaya dapatkan shot yang hampir mirip gambar studio. Tapi, gambar studio backdropnya warna biru-biru. Dengan sedikit pengetahuan photoshop, saya berjaya mencipta backdrop biru-biru saya sendiri. Puas hati saya. Tak mahal! 0 linggit la aunty!!

Gambar yang ditangkap kemudian dibubuhkan backdrop



Setelah siap dieditkan, saya cantumkan 6 keping gambar passport dalam satu lay-out bersaiz 4R (1800pixel x 1200pixel) dan printkan di sebuah printer gambar automatik yang berdekatan. Sekeping 4R saya dapat 6keping gambar passport. Jadi, 3keping saya dapat 18keping gambar passport dengan kos RM3 dalam masa kurang sejam saja.

Kemudian susun dalam saiz 4R



Quality? Saya rasa jauh lebih elok dari gambar passport saya yang aunty tu tangkap menggunakan D70 + kit lens + studio lamp + backdrop biru-birunya. Bezanya cuma saya sedikit hensem berbanding adik saya. Selamat mencoba dan UBAH GAYA HIDUP anda. Yang paling penting, jangan biarkan orang-orang itu ambil duit kita sewenang-wenangnya!

Wednesday, July 23, 2008

180km/j tu laju enchek.

Bila terasa bosan-bosan di ofis, saya mulalah nak menyelongkar segala isi perut internet dari mulut sampailah ke usus kecilnya. Selongkar punya selongkar, tiba-tiba saya termasuk pula ke laman Utusan Malaysia. Terkehel sedikit tali perut saya bila membaca beritanya, terutama bahagian yang mengatakan tidak perlu menurunkan kelajuan 180km/j tu. Eh, apakehenya pulak 180km/j?? Bukankah kelajuan maksimum 110km/j? Setahu saya di Malaysia ni tidak dibenarkan kelajuan yang melebihi 110km/j melainkan perlumbaan F1 (yg harganya juta juta juta), moto GP, kapal terbang dan kenaikan harga minyak (lebih 110km/j ni).

Saya sendiri tidak pasti samada pihak Utusan tersilap tulis atau enchek IR tu tersilap cakap. Tapi bukankah itu macam menunjukkan datuk IR itu sendiri tidak membuat kajian dahulu sebelum bercakap-cakap kepada orang?




KUALA LUMPUR 21 Julai – Kementerian Kerja Raya merancang memperkenalkan satu sistem yang akan membolehkan pemandu kenderaan melepasi plaza tol pada kelajuan maksimum 180 kilometer sejam.
Menterinya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, melalui sistem itu, bermakna pemandu kenderaan yang melalui sesuatu plaza tol tidak perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan seperti kelaziman kini.
Beliau berkata, palang juga tidak akan diletakkan di plaza tol sekiranya sistem itu diperkenalkan.
Menurutnya, melalui sistem yang dinamakan laluan bebas pelbagai, jumlah kenderaan yang dapat melalui satu plaza tol adalah antara 1,800 hingga 2,000 buah sejam berbanding hanya 300 buah melalui plaza bayaran tunai dan 800 hingga 1,000 buah untuk Smart Tag.- Utusan.


Ish. Saya pun membiarkan orang lain membaca tulisan-tulisan di Utusan ini dengan hati yang tercedera. Kemudian saya berangkat dari kerusi saya, saya pulang ke rumah dengan memandu 180km/j dan tidorr....

Tuesday, June 17, 2008

Do I really need the best equipments?






these photos captured by me using my 2MP camera phone...as long as i can control the white balance, there should be no problem...hehe...no need the big2 unnecessary equipments LAH...unless u're in task...no wall between the equipments and creativity....so for all buddies out there, the ICC is most important...;)

p/s: ICC = Innovative Creative Circle

Wednesday, May 21, 2008

Balik Kampung...


Balik kampung...automatik teringat lagu "balik kampung" dari Allahyarham Sudirman Hj Arsyad. Biasanya kalau bab balik kampung ni selalu happy. Sejak sekolah menengah dulu, kalau balik kampung naik bas (biasanya lepas solat jumaat), ada perasaan "terharu" lebih-lebih lagi kalau sampai depan rumah, mak & ayah dah tunggu atau masa turun dari bas pun mak dah lama tunggu di perhentian. Sebelum punggah beg, benda pertama mesti kena cium tangan mak. Itu dulu...

Esok saya fly balik kampung. Perasaan dulu tu ada lagi cuma kali ni berlainan sedikit. Saya balik kampung dengan tujuan lain. Mak dah tak boleh tunggu di hentian bas. Ehm...dia sakit

Tuesday, May 6, 2008

Wedding Again

Tuesday, April 29, 2008

Yang lama sudah hilang

1. Gambar yang tak berapa lama sangat


Malam tadi, selepas mandi dan tengok berita, saya turn-on komputer dan tengok-tengok gambar yang tidaklah berapa lama sangat yang dirakam menggunakan kamera-kamera lama saya. Mula dari tahun 2002 yang dirakam menggunakan kamera digital Casio 2MP, kemudian tahun 2004 menggunakan Sony camcoder yang akhirnya hilang selepas tidak sampai setahun digunakan, kemudian tahun 2005 menggunakan Panasonic Lumix FZ-7, tahun 2006 Nikon D50 dan penghujung 2006 Nikon D70s. Tidak banyak yang tinggal sebab kebanyakkan koleksi gambar-gambar tersebut saya simpan di dalam cakera keras komputer saya yang baru-baru ini diserang virus.

Sudah alang-alang terserempak dengan gambar-gambar ini, mulalah terasa pula nak bermain dengan photoshop. Hasilnya seperti di atas, gambar kereta saya yang dirakam menggunakan Nikon D50 pada tahun 2006 (jika ada yang request, saya akan postkan tutorial step-by-step untuk menghasilkan impak seperti ini nanti).




2. Hilang


Meskipun komputer saya sempat diselamatkan daripada virus, namun salah satu daripada cakera keras saya yang mana kebanyakkan gambar-gambar peribadi lama saya yang saya anggarkan kira-kira 16,000 keping disimpan di dalam cakera tersebut telah rosak. Mujur, semua gambar-gambar client saya disimpan dalam fail dan tidak terjejas langsung.

Antara gambar-gambar lama yang tidak dapat diselamatkan

Wednesday, April 23, 2008

Negeri Helang

Pemandangan jambatan gantung dari Gunung Mat Cincang
Binaan jambatan gantung


Tuesday, April 15, 2008

Fixed!


A million thanx to Cikgu Rasdi who provide me installers for my PC. I just formatted my system due to unknown virus damaged it. Now, I can play with my photoshop and start to blogging again without worry about hang.

Wednesday, April 9, 2008

Wedding : Alwi & Aishah







A very memorable wedding for this couple. Im covering their three events, Akad Nikah, Bersanding and Bertandang (in some place called Menyambut Menantu). The first two events were in Penang, and the last one in Taiping. By the way, the pictures above were taken at Taiping event one. Happy viewing ;)

Monday, April 7, 2008

Hingar

Aku berjalan lagi. Kali ini Azmean ada bersama, dan tujuan kami hanya untuk rehat-rehat santai hujung minggu di Taman Tasek Taiping. Memang segar petang itu, maklumlah baru lepas hujan. Sambil santai sambil jejari memetik shutter kamera. Dua-tiga kali kulihat Azmean mendongak, kadang menempek kemas diatas rumput untuk mendapatkan sudut terbaik. Sedar-sedar, aku pun menurut aksi-aksi Azmean, tiga-empat orang yang lalu berhenti, melihat-lihat apa bendanya yang ditenag Azmean.





Taman ini sungguh cantik dan damai. Daun-daun teratai yang mekar bak pelantar-pelantar hijau di muka tasik, pepatung petang yang hinggap di dahan lalang di tepi tasik, tuntung yang tenggelam-timbul mencari sisa-sisa roti hamburan pengunjung, kelopak-kelopak bunga 'sakura' yang gugur dari pokoknya membentuk hamparan ungu yang indah, dan sekejap nanti ada pengunjung berpotret di situ dan begitu juga pengunjung lain.

Dalam keasyikkan melayan alunan irama keindahan taman, tiba-tiba bunyi bingit enjin motosikal mat-mat rempit di seberang jalan masuk melobos ke gegendang telingaku. Aduh, sakit sungguh. Bergegas anak mataku melirik ke arah mereka. Sekumpulan "budak-budak bermotor" datang dengan berbagai macam gaya. Ada yang terbang, ada yang berdiri, dan segala macam gaya yang 'hebat-hebat'. Aku terharu melihat aksi-aksi sehebat itu. Dalam hati aku memuji mereka, sungguh berkebolehan dan berbakat lagi berani yang amat mereka ini. Kalaulah.......

Thursday, March 27, 2008

Karipap Siber


“Bagi karipap ni empat, lagi yang tu dua ye mak cik” Kataku kepada mak cik yang jual kuih di tepi jalan sebelah stesen minyak esso Kamunting. Dikeluarkannya plastik pembungkus lalu disuapkan karipap-karipap tadi satu persatu.

“Tadi kamu beli paper apa kat sana?” Mak cik jual kuih ni mula nak bersembang-sembang pulak sambil diliriknya suratkhabar yang terkepit di celah ketiak ku. Sebelum aku ke gerai mak cik ni tadi, memang aku singgah ke gerai tolak seorang pakcik india diseberang jalan untuk beli suratkhabar.

The Star, kenapa mak cik? Balasku selamba.

“Baguslah, elok kamu baca suratkhabar je. Sekarang ni macam-macam berita dari internet tu yang tak boleh percaya” Jawab mak cik karipap tu lagi. Aku kagum jugak dengan mak cik karipap ni, mungkin dia dah celik IT.

“Eh, kamu dah tengok ke paper tu?” Soalnya lagi bersungguh. Tangannya masih tekun membelek-belek karipap yang terbaik untuk aku.

“Belum lagi mak cik?” Aku bersahaja. Bukan tak nak layan, tapi aku kecil hati dengan pandangannya tentang berita internet tadi. Mungkin yang dimaksudkannya ialah blog-blog yang menjadi media alternatif untuk pihak yang tiada suara di media utama.

“Mak cik tengok kat tivi semalam, mak cik marah betul sebab orang cina di Penang dah buang DBP.” Luah mak cik karipap sambil matanya terjengil seolah-olah terasa jijik. Mujur cermin matanya yang bulat besar itu tak jatuh.

“Eh, bila masa dorang buang DBP mak cik” Aku hairan apa yang dicakapkan oleh mak cik keripap.
“Eeee kamu ni, lain kali kamu tengoklah berita kat tivi, jangan asyik tengok cerita omputeh je. Kamu tak tahu ke apa yang dah jadi kat Penang tu, orang cina dah ambil semua tanah orang Melayu kita ni, lepas tu dorang nak buang DBP pula. Nah, semua seringgit enam puluh sen.” Mak cik karipap memandang sinis padaku sambil menghulurkan beg plastik berisi karipap tadi. Aku masih bingung.

“DEB ke mak cik?” Tanyaku.

“Haa. DEB tu la. DEB ka DBP ka sama la tu.” Benang mak cik karipap yang basah tu ditegakkannya semula.

“Tapi tu kan tak melanggar undang-undang, Ketua Menteri tu nak buat pembaharuan la tu, lagipun DEB tu kan cuma menguntungkan orang-orang tertentu je” Jawabku dengan sedikit hujah sambil menghulurkan dua keping not RM1 kepada mak cik karipap.

“Kamu tak tahu, DBP tu lah yang menjaga ekonomi orang Melayu kita ni” Jawab mak cik karipap pendek, sambil tangannya mencapai majalah mangga yang memaparkan seorang wanita berumur di muka depannya.

“Amboi, Mama Rina ni dah empat puluh lebih pun cantik lagi ye, memang kejutan sungguh dalam AF6 ni, pandai sungguh tivi tarik penonton ye Mah” Jeritnya pada rakan sebelah gerai yang juga menjual benda yang sama. Bezanya Mak cik karipap ni ada menjual Nasik Lemak sekali.

“Eh, mak cik tengok AF kat astro ke mak cik?” Aku tersenyum kecil dengan telatah mak cik karipap.

“Mestilah, mak cik ni memang peminat AF dari mula lagi, AF satu dulu. Nah bakinya, jual naa” Jawabnya seolah bangga dengan pengetahuannya tentang AF, dua keeping duit syiling dipulangkannya padaku.

“Ooo…tapi DEB tu apa mak cik?” Sambil aku mula melangkah.

“DEB? Errrrrr....DBP......”

Tuesday, March 25, 2008

Enam minggu

Selalu, selepas makan-makan kenduri kahwin, lima minit selepas saya duduk di sofa usang rumah saya, telefon saya bising-bising dan pemanggilnya adalah orang yang empunya majlis makan-makan kenduri kahwin tadi. Ada apa ya? Takkan lah dia panggil suka-suka. Biasanya permulaan kata-katanya bagus-bagus saja. Dah sampai rumah? Dah makan bekal tadi? Eh, nak makan apa kalau bekal tadi adalah bunga-bungaan plastik dalam bakul plastik, dengan daun-daun yang nampak macam kristal. Mana boleh makan Kristal, adapun Kristal itu cuma untuk tontonan, perhiasan supaya bunga tadi indah-indah saja. Makanya "kristal" itu tiada manfaat langsung untuk isi perut saya, dan terbukti bukan saja pada saya malah penduduk-penduduk nun di wilayah hadhari itu. Adapun yang boleh dimakan cumalah telur yang dibalut semacam kuntum bunga yang baharu hendak mekar dan pasti belum lagi dimakan sebab saya bukan penggemar telur, malahan saya baru duduk rehat-rehat di ruang tamu.



Lalu yang biasa ditanya oleh pemanggil tadi ialah album kahwinnya. Bolehkah siap esok lusa? Atau segera-segera boleh dilihat-lihat dulu? Aih, sudah dibincangkan sebelum makan-makan dan sebelum-sebelum itu. Tapi itulah, memang hari yang indah-indah ini tak sabar-sabar nak dikenang semula. Baiklah, tak mengapa kawan-kawan, saya pun faham kalian. Sekali ini lagi saya ingin khabarkan, album kawan-kawan itu boleh siap dalam enam minggu paling lewat. Paling lewat ye. Dan paling awalnya tiga minggu untuk yang costum itu dan dua minggu untuk yang sticky itu. Lalu jawab si pemanggil, “yeke??, lambatnya :( ….”

Aduhai, sebelum itu kan kawan-kawan, sebelum saya dipilih sebagai calon kawan-kawan sekelian, saya janjikan yang benar, enam minggu. Alahai, mana mungkin lepas saya menang hasil sokongan kawan-kawan, tiba-tiba janji saya tadi sudah jadi tidak relevan? Ish ish.





Kenapa enam minggu? Yang pertamanya kawan-kawan, minggu pertama itu gambar-gambar kawan-kawan itu saya touch-upkan supaya yang kurang sedap saya tambahkan kicap, dan kurang manis saya tambahkan gula. Bukan sedikit yang ditambah kawan-kawan, bukan sajian seisi keluarga, tapi seisi umat yang datang makan-makan. Adalah lima ratus, kadang tujuh ratus keeping yang perlu disedap-sedapkan. Isk, kalau dua itu sudah dikira banyak, tujuh ratus itu lagi banyak.

Yang keduanya kawan-kawan, minggu kedua itu mulalah saya pertontonkan melalui internet/ email supaya kawan-kawan boleh memilih sendiri potret-potret kawan-kawan itu, untuk diabadikan dalam album yang keras lagi padat itu, hatta kalau terkena hujan boleh dibilas, kalau terkena panas boleh digilap, dan kalau terkena kepada kepala anjing, nescaya akan taubat lah anjing itu tidak berkehendak terkena lagi lalu mengajarkan anak cucunya supaya tidak lagi terkena album itu. Adapun minggu seterusnya kawan-kawan, upacara menghias-hias dan menyusun atur gambar-gambar itu supaya cantik-cantik saja, kemas-kemas adanya. Bukan tangkap muat ye, tapi tangkap dan lipat elok-elok, tulis indah-indah dan save dalam format photoshop. Lalu dihantar kepada saudagar album di negeri Mutiara sana untuk beliau sama-sama mendapat sedikit keuntungan bersama, kawan-kawan. Jadi, sedikit untung pada saya, juga sedikit pada beliau itu, bahagi sama-sama rata.



Eh, dah minggu kelima kawan-kawan. Lalu dalam minggu ini, kawan-kawan bolehlah datang berjumpa saya untuk menuntut hak kawan-kawan itu. Sebab itu ia perlu enam minggu kawan-kawan. Jadi tiadalah kerisauan lagi tentang kualitinya, sebab S.O.P.nya itu sudah dibuat rapi sebagai tunjuk arah perjalanan album kawan-kawan itu. Tiba-tiba kawan-kawan kata lagi, “Ahhh…lambatnya lagi”. Eh, bukankah tadi cakapnya bagus-bagus saja? Kawan-kawan, cuba tanyakan pada Ah Seng saudagar album di tempat kawan-kawan itu, berapa lama dia siapkan buku-buku album ini untuk kawan-kawan? Katanya, “ini manyak kilija munya balang, eenam mulan balu muleh siap woo”..kawan-kawan….

p/s: imej-imej di atas adalah album perkahwinan Hairul & Syaz yang sudah pun selamat sampai ke tangan mereka.

Karya Suka-suka : Pak Atan

Masihkah anda teringat kisah Pak Atan dengan dugong kesayangan beliau yg bernama si Tenang suatu ketika dulu. Kisah ini telah menggemparkan negara apabila si Tenang telah dijumpai mati selepas 40jam dilepaskan oleh Pak Atan atas desakan Jabatan Perikanan Johor. Si Tenang telah ditemui oleh Pak Atan ketika beliau memeriksa kupang yg diternaknya di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor, kemudian telah dijaga oleh beliau selama 41 hari. Banyak kenangan suka-duka Pak Atan bersama 'baby' baru kesayangan beliau, namun beliau amat berasa sedih dan terkilan apabila menemui si Tenang mati.

"Pakcik sangat terkilan sebab si Tenang hidup dengan gembira bersama pakcik dan kadangkala kami berkaraoke bersama...tapi apa dah jadi sekarang, si Tenang sudah pergi...." Cerita Pak Atan kepada penulis sambil membetulkan rokok daun dibibirnya. Asap kelabu kemudian tersembul dari corong hidungnya. Pak Atan merenung jauh seolah-olah terkenangkan sesuatu.

Penulis menemui Pak Atan di Sungai Kerang, Perak setelah berpindah dari Pasir Puteh, Johor kerana terlalu bersedih atas kematian si Tenang. Kini Pak Atan tidak lagi mengusahakan penternakan kupang dan beralih menjadi nelayan sepenuh masa, kadang2 membuat kerja part time di sebuah kilang di Kamunting.


Pak Atan....sudah tidak lagi mengusahakan kupang.

Atas permintaan penulis, Pak Atan telah membawa penulis ke tempat beliau menangkap ikan sambil menceritakan kisah beliau dengan dugong ajaib tersebut.

"Hati mana yg tak terguris kalau jadi sebegini..?" kesah Pak Atan ketika suasana sunyi, cuma deringan merdu ombak dan bunyi bot nelayan nun jauh kedengaran seperti kereta mercedes masterpiece kepunyaan En. Tarmizi. Di susuli dengan cucuran air mata, Pak Atan kemudian meneruskan kerja menangkap ikan.


Pak Atan kini bahagia dengan kerjaya barunya, namun jauh disudut hati, beliau masih merindui si Tenang.



Penulis bersama Pak Atan.



Anak sedara Pak Atan yg memang nakal. Hanya beliau saja tempat Pak Atan bergurau dan menghilangkan rasa rindu kepada si Tenang. Mungkinkah anak sedara Pak Atan ini seekor dugong?


Pak Atan merenung jauh....terkenangkan kenangan lalu..walaupun cuma seketika tapi kesannya sangat mendalam kepada beliau.

Sampai disini sahaja penulis sanggup mencoretkan kisah Pak Atan. Tak sampai hati melihat kesedihan beliau. sebelum berakhir, Pak Atan sempat membisikkan sesuatu ke telinga saya, dalam keadaan yg sungguh sedih.....

"sebenarnya pakcik telah menukar nama kepada nama lain. Jika pakcik gunakan nama Pak Atan, pakcik takkan dapat melupakan si Tenang. Sekarang org2 kampung panggil pakcik dengan panggilan 'Zack TS'..." bisik Pak Atan lalu meninggalkan saya seorang diri di buritan tongkang...


p/s: Karya ini adalah karya suka-suka karangan saya yang bertujuan untuk berjenaka sesama rakan sepejabat dikala semuanya pening-pening lalat dengan tugas seharian. Kisah dan watak-watak dalam karya ini adalah rekaan semata-mata.

Sunday, March 23, 2008

Singgah Sebentar

Dua tiga minggu ni cuaca di Taiping asyik hujan sebelah petang. Mungkin sudah musimnya. Tapi Taiping memang selalu hujan, kadang pagi, kadang malam, dan bila-bila saja yang dikehendakiNya. Hujan itu rahmat, ada rahmat yang kita nampak dan ada yang tidak. Contah rahmat yang boleh nampak samada hujan itu menyejukkan cuaca yang saban hari semakin panas, ataupun air hujan yang menyirami tanaman supaya manusia tidak putus dari makanan. Dan juga Rahmat Ekamatra itu bukanlah rahmat yang dibawa oleh hujan.



Bagi aku, rahmat yang paling aku nampak adalah pemandangan yang indah-indah selepas hujan. Ketika memandu dari kamunting ke Taiping hujung minggu lepas di jalan yang biasa aku lalui hampir setiap minggu, mungkin juga lima enam kali seminggu, tersentak pemanduanku. Bukan sebab keretaku semput, atau tayarnya pancit, tapi pemandangan di sebuah banglo usang di kanan jalan.





Banglo tinggalan zaman penjajahan ini sudah tidak digunakan lebih 20tahun lalu menurut cerita seorang kawan Tionghua yang menceritakan sejarah taiping. Aku kagum dengan rakan ini, dia amat arif sejarah Taiping, manakala rakan sebumiputraku yang lain juga amat arif tentang-tentang ekzos motor, wheely, handphone model terbaru, akademi fantasia dan bermacam ragam yang "amat berguna" untuk anak cucu mereka nanti. Malahan ada yang mungkin lebih kenal Mama Rina daripada Long Ja'afar.

Bangunan-bangunan lama ini seakan kurang dijaga baik oleh pihak berwajib. Ada sesetengahnya dirobohkan untuk pembangunan, dan kebanyakkannya menjadi banglo tinggal dengan bermacam ragam nukilan pada dindingnya hasil kreativiti kawan-kawan sebumiku tadi. Mungkin pihak MPT kekurangan dana untuk maintanance bangunan "tidak berguna" ini. Maklumlah, kerajaan baharu ini memansuhkan segala jenis saman, maka MPT hilang duit poket. Tapi sebelum-sebelum ini? Eh, tiba-tiba teringat pada nasib negeri Mutiara yang secara tiba-tiba dua tiga hari ini orang Melayunya dipinggirkan. Tapi sebelum-sebelum ini? Aku hairan kenapa kaum bumiputra Di Bawah Bayu itu, kaum aku, tidak menjerit-jerit, mengganyang tuan-tuan menteri sebab kaum bumi di sana juga terpinggir, sama nasibnya dengan yang di negeri Mutiara itu. Hasil Mahsulnya banyak, negerinya kaya, Di Bawah Angin itu indah, tapi tokey balaknya bernama Chua Lian, pengarah projeknya bernama Ng Choo Shin, dan Kong Guan itu kaya di sana sekarang dan sebelum-sebelum ini. Mungkin tak terpinggir sebab Hiew King Chew cuma menang satu walaupun si dia itu kaya raya dengan hasil bumi si bumi.

Wednesday, March 19, 2008

USM

Dah lebih dua tahun aku tinggalkan tempat ini. Yah, seolah satu percutian yang panjang, empat tahun di sini, tiada kerisauan tentang tanggungan malah ditanggung (PTPTN). Berjalan kaki dari desa gemilang ke Sg. Dua, kemudian berjalan lagi. Kemudian aku membeli sebuah motosikal Honda NSR (NAN995), mudik kehulu bermotor, ke hilir pun bermotor. Teringat pada pusat snuker, teringat pada pusat hiburan sekeluarga, teringat pada Suraridz cafe, teringat pada restoran 'Kerbau', teringat pada Bukit Bendera, teringat pada N' Park dan lebih-lebih lagi teringat pada Irwan, Busu, Asan, Keyo dll. Tapi percutian itu sudah berakhir, kini tanggungjawab mula dipikul, kerja semakin tough, survival untuk hidup mula terasa. Rupanya beginilah rasanya bila sudah ada tanggungjawab, sebab itu ayah selalu mengingatkan untuk menghargai setiap yang kita miliki, bukan senang untuk mendapatkannya. Di bumi Allah ini, meskipun segalanya adalah milikNya, namun pemilik sementara berupa manusia ini selalu berkira. Segalanya tiada yang percuma. Maka itu, ayah berpesan, jangan mudah membazirkannya, sebab ia bukan percuma. Betul kata ayah. Aku? belum ada tanggungjawab penuh, tapi sudah mula merasakan peritnya tanggungjawab. Aku mula terfikir, bagaimana ayah dulu begitu kuat mengharunginya. Lebih-lebih lagi ayah jauh lebih kekurangan daripada apa aku ada sekarang ini. Tanggungan ayah ramai. Juga, pekerjaan ayah (kalau dipanggil pekerjaan) sebagai mubaligh kadang bergaji dan kadang tidak. Menelusuri rimba, dengan niat murni mengkhabarkan agama pada yang belum tahu. Hasil dari rezeki yang sedikit, dapat juga ayah menghantar abang ke kota Coventry untuk mengaji ilmu mereka. Sungguh, aku kagum dengan ayah.


Wedding : Fiza & Fadzli

Awal tahun 2008 aku agak kurang mengambil tempahan fotografi perkahwinan. Tiga empat tempahan juga aku tolak, datang yang lain pun aku tolak. Tolak dengan baik, jadi tidaklah penempah tadi terasa aku ni berlagak. lagak? ah, bukan berlagak, awal tahun 2008 jadual kerja semakin ketat, yang ditempah pun pada tarikh aku berkerja. Waualupun begitu, tempahan yang dibuat untuk hari ahad biasanya amat dialu-alukan. Fiza & Fadzli ni client aku hujung tahun lepas. Tak banyak foto yang dibenarkan untuk dipertontonkan atas permintaan fiza.